Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik sudah berlalu. Alhamdulillah, tahun ni diberi rezeki untuk mengerjakan ibadah korban, cuma ambik satu bahagian saja. Acara korban diadakan pada hari Isnin, 12 Ogos 2019.
Sanggup tak balik kampung, duduk sorang diri di KL, sebab nak tengok acara korban ni. Nak abadikan kenangan korban 1440H. Mak dan kakak balik kampung hari Sabtu pagi, mengharungi kesesakan lalulintas yang luarbiasa di lebuhraya, keluar pagi, malam baru sampai rumah di kampung..perghh..satu pengorbanan.
Pada hari kejadian, pepagi teman dah ke tempat acara. Katanya pukul 7.30 pagi dah nak start, sembelih. Jumlah korban - 5 ekor lembu dan seekor kambing. 2 ekor kambing lagi ada peserta buat akikah anak. Semua kambing sudah disembelih, dilapah dan dipotong, sedia untuk dimasak.
Sanggup tak balik kampung, duduk sorang diri di KL, sebab nak tengok acara korban ni. Nak abadikan kenangan korban 1440H. Mak dan kakak balik kampung hari Sabtu pagi, mengharungi kesesakan lalulintas yang luarbiasa di lebuhraya, keluar pagi, malam baru sampai rumah di kampung..perghh..satu pengorbanan.
Pada hari kejadian, pepagi teman dah ke tempat acara. Katanya pukul 7.30 pagi dah nak start, sembelih. Jumlah korban - 5 ekor lembu dan seekor kambing. 2 ekor kambing lagi ada peserta buat akikah anak. Semua kambing sudah disembelih, dilapah dan dipotong, sedia untuk dimasak.
sembelihan lembu #1
Ya, Allah, terimalah ibadah korban kami
#2 sudah selamat disembelih
#3 sudah ditumbangkan, sedia untuk disembelih
Kerja-kerja melapah daging, menimbang, membungkus, sorting, dilakukan oleh orang lelaki. Orang perempuan menyediakan bahan-bahan untuk memasak lauk. Ada peserta yang infaq daging untuk buat jamuan kepada para petugas, Alhamduilllah. Dan juga memasak daging kambing akikah. Nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan ada yang sponsor.
Menu makan tengahari - kari kambing, sup kambing, sup tulang/daging, daging masak black pepper dan sayur kobis.
Menu makan tengahari - kari kambing, sup kambing, sup tulang/daging, daging masak black pepper dan sayur kobis.
aktiviti potong-memotong
gotong-royong
Alhamdulillah, acara korban berjalan lancar. Semoga Allah menerima ibadah korban kami dan melapangkan rezeki kami semua..amiin..
Perkongsian dari group whatsapp:
Tempoh Makan Daging Korban
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه
Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (Sahih Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan
2. Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.
3. Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.
4. Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum.
Sekian, wallahuálam
selamat hari raya aidil adha kak! Semoga bahagia di sisi keluarga. hehe
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Nadhie Wueen..Alhamdulillah..
DeleteAlhamdulillah.. Seronok bila dapat melakukan korban kan nohas.. Menyaksikan acara korban dilaksanakan.. memasak dan makan beramai-ramai..
ReplyDeleteAlhamdulillah..bila tengok haiwan yg dikorban, mcm2 perasaan ada..sayu, syukur..
Deletegotong-royong memasak..seronok..sambil bersilaturahim..
Bab silaturrahim tu yang best.. Saling mengenali..
Deletebetul..masa utk bertemu mata, bertanya khabar..
DeleteYang seronoknya bila tiba time makan
ReplyDeletemacam2 menu ada.
Mestilah pilih kambing.
Ya betul..hihi..sup kambing power style mamak pilihan ramai..
Deletealhamdulillah rezeki korban tahun ni.. rajinnyaa menempuh jem time raya haji.
ReplyDeletekalo time raya haji ni jem dia lain maciam hehe..
Alhamdulillah..
DeleteRaya haji sekali dgn cuti sekolah, jem luarbiasa..
Meriahnya....alhamdulillah 😄
ReplyDeleteSalam AidilAdha buat KakNo dan keluarga tersayang 😎
Alhamdulillah..meriah bergotong royong..
DeleteSalam Aidil Adha utk Cik Suerin & family..
Sedapnya!... teringat masa bekerja dulu. Setiap kali raya haji pasti ada penyembelihan lembu dan kambing korban di surau pejabat. Lepas gotong royong masak sama-sama dan makan ramai-ramai dan pengagihan daging korban.
ReplyDeleteAlhamduiillah, sedap, daging fresh..setahun sekali berkumpul menyembelih lembu/kambing & gotong-royong masak, dpt makan, dpt daging, silaturahim bertmbh erat..
Deletekita digalakkan untuk tengok lembu dikorbankan walaupun kita tidak membuat korban. bagus2.
ReplyDeleteya, betul..lebih afdal..
DeleteSepakat membawa berkat.
ReplyDeleteSedap pulak nampak lauk2 tu. Jadi lapar..
gotong-royong menyempurnakan ibadah korban..
DeleteAlhamdulillah, sedapp..
Semoga ibadah korban Nohas diterima olehNYA.
ReplyDeleteBergotong-royong amalan mulia, kerja berat jadi ringan dan silaturrahim bertambah erat.
Amiin..ya Robb..
DeleteSeronok rewang2,..cepat je siap..
Alhamdulillah...seronok bila ibadah dibuat beramai2 siap bergotong royong memasak. Insya Allah...semoga Allah terima ibadah korban yang dibuat
ReplyDeleteAmiin..ya Robb..mmg seronok, masak2, makan2 beramai-ramai...event setahun sekali..
DeleteTak pernah lagi saya pergi menyaksikan ibadah korban ni. Rasanya mungkin tahun akan datang, nak jugalah cuba datang menolong. Biasanya, famili yang lelaki aje yang pergi menolong. Tapi, bila tengok gambar-gambar akak kongsikan ini, seronoknya dapat buat aktiviti ni dengan masyarakat setempat.
ReplyDeletelebih afdal peserta korban melihat sendiri darah haiwan korban jatuh ke tanah semasa disembelih...kerja2 melapah,potong2 daging selalunya orang lelaki yg buat, seronok gotong-royong memasak..hihi..
Delete