Friday, 2 August 2019

Wisata ke Surabaya: Petik Apel di Kota Batu

Hari kedua di Surabaya, Jawa Timur.

Hari ni berwisata ke Kota Batu, lebih kurang 100km ke selatan Surabaya. Kota Batu ni tempat sejuk dan banyak kebun epal. Aktiviti petik epal salah satu wisata alam yang digemari oleh para wisatawan. Disini epal dipanggil apel.

The location of Batu City which is in the mountainous region and rapid tourism development makes most of the GDP growth in Batu depended by this sector. In agriculture, Batu is one of the largest apple-producing regions in Indonesia, which makes it dubbed "The City of Apples". Apple agriculture in Batu has four varieties, there are "Manalagi", "Rome Beauty", "Anna", and "Wangling". Also the city produces a lot of vegetables and garlic.
 
Kami cuma bawa backpack saja, beg luggage semua tinggal di hotel. Untuk ke Kota Batu, kami ambil chartered mobil daripada Abimanyu Tours. Urusan booking/komunikasi semua melalui whatsapp, pantas dan tuntas. Untuk ke Kota Batu, charge dia IDR 140,000 per pax, tak termasuk tol.

Janji ambil pukul 6.00 pagi tapi pukul 5.00 pagi, driver dah whatsapp, inform nak jemput pukul 5.30 pagi. Kitaorang ok je. Hari start awal di Surabaya. Waktu solat Subuh pukul 4.40 pagi. Pukul 6 pagi dah terang benderang.

Hotel baru depan Hotel Sahid
Collection O 11 Lifestyle

Masuk je mobil, dapat satu bungkusan snack, ada kek dan air botol. Yang best di Surabaya, mobilnya kebanyakannya jenis SUV/MPV, sangat jarang dapat mobil sedan/compact car. Sangat selesa. Off to airport, ambik sorang lagi penumpang.


bandara Juanda
 
Tak menunggu lama, off to Kota Batu melalui highway. On the way, drop penumpang tadi, kami turun di pasar Kota Batu. Pasar Kota Batu lokasinya berdepan dengan Terminal Kota, terminal untuk kenderaan angkutan kota (angkot).

 pasar Kota Batu

tujuan utama singgah di pasar ini ialah untuk mencari sarapan, tapi nampaknya tak memenuhi selera. 

kuih ubi gethuk berwarna-warni

Terus saja melintas jalan untuk ke terminal angkot.

angkot yang berwarna-warni

Angkot dikaler mengikut jurusan (laluan) masing-masing. Untuk ke wisata petik apel, kami memilih untuk ke Desa Sidomulyo/Bumiaji. Untuk ke sini, naik angkut BSS -Batu-Selecta-Sumberbrantas, angkut kaler jingga.

angkut warna jingga - keberangkatan setiap 15 minit

Pertama kali naik angkot di Indonesia. Macam van sekolah rendah dulu-dulu. Siling yang rendah, terpaksa membongkok nak naik dan turun. Pintu angkot tak ditutup. Jika mau berhenti, kena cakap ''kiri, kiri". Angkot akan berhenti di belah kiri jalan.

Kami berhenti di Pasar Wisata Sidomulyo di Jalan Bukit Berbunga. Pasar Wisata ni macam dataran untuk parking bas parawisata, ada kedai-kedai, juga tapak untuk jualan dengan van. Dekat dengan Masjid Al-Muttaqin. Tambang angkot IDR 5,000.
 
 Pasar Wisata Sidomulyo. Nampak loket (kaunter) tiket


Tiket masuk untuk petik epal ialah IDR 25,000 seorang, boleh makan sepuasnya di dalam kebun. Kalau petik untuk dibawa pulang, charge nya IDR 25,000 sekilo. ingatkan kebun epal dekat-dekat situ juga, rupanya nun jauh di kawasan berbukit-bukau. 
 
Disebabkan kami takde kenderaan, kena sewa angkot pula, IDR60,000 satu angkot, pergi balik. Sangat berbaloi RM20 tu, jauh juga dengan keadaan jalan yang teruk, naik bukit, turun bukit, masuk kampung, jumpa ladang. Sementara tunggu angkot tiba, ronda-ronda kawasan dulu.
 
ada anak sungai. ke longkang?

trending kot pagar batu warna-warni

bagus macam ni, ada pilihanraya ketua kampung

Ronda-ronda ke arah jalan besar.
 
Jalan Bukit Berbunga yang dipenuhi dengan nursery pokok bunga
mencantikkan view di sepanjang jalan ni


konvoi Kelab Willys Malang
Willys nama jeep yg macam US army
 
Ok, angkot dah sampai. Moh kita ke ladang. Jauh juga ladangnya dari kaunter tiket. Di kawasan berbukit-bukau. Dari tempat angkot berhenti, kena jalan kaki pula, lebih kurang 200 meter, di kiri kanan, kebun bunga, kebun kopi.


menuju ke ladang


kebun bunga


kebun kopi


last sekali, kebun sayur di kawasan berbukit

entrance ke ladang epal, singgah sini bagi tiket masuk & ambik beg plastik

Alhamdulillah, cuaca sangat baik, tak panas, redup je walaupun dah pukul 9.30 pagi. Ditambah dengan suasana sejuk, memang sangat best untuk pergi memetik epal. 


buah epal yang kecik, belum cukup matang
tapi sudah boleh dipetik, dimakan terus, sebab ladang ni
tidak menggunakan racun serangga


sedap dan manis buahnya, walaupun agak keras
crunchy, tak tau species apa buah epal ni


buah epal merah, yang ni ladang orang lain


Yang dimakan banyak juga, ada juga dipetik untuk dibawa pulang. bila ditimbang tak sampai sekilo, IDR 20,000. Aktiviti petik epal dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang. Lebih baik datang dalam bulan Oktober hingga Disember pabila buah epal sudah matang sepenuhnya.

Berjalan balik ke tempat hentian angkot.  Disini ada jualan kripik epal. 10 bungkus = IDR 100,000. Katanya kalau beli di kedai, harga beda, IDR 15,000 sepeket. Beli 10 bungkus, sedap kripiknya.


lori kecil yang penuh dengan kripik buah-buahan

Sementara menunggu angkot, jalan-jalan ke kebun bunga hydrangea. 
 
hydrangea sedang menguntum
 

Tamat sesi petik apel. Pak cik driver angkot hantar kami ke Waroeng Bamboe Lesehan untuk makan tengahari. 

Bersambung.

20 comments:

  1. Cantik tempatnya. saya suka pokok hydrengea... tapi awas bunganya cantik tapi beracun. Kalau saya dtg ke sini mungkin sekadar bergambar je lah... petik dan makan apel tu mungkin tidak sebab saya tak suka apel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..beracun ke..tapi cantik..
      epal yg ni sedap, isi padat..rasa dia tak mcm epal yg jual kt Malaysia..lain rasanya..

      Delete
  2. cantik tempatnya seronoklah dapat petik epal dan terus dimakan. Bunga hydrangea tu cantik akak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwsn ni mmg cantik, byk nurseri pokok bunga..cuaca sejuk..bunga hydrangea cantik..

      Delete
  3. Menarik tempatnya. Semoga Kak Feni sampai sana. Dalam wishlist tahun depan 2020.

    ReplyDelete
  4. Perghhhh pi petik epal....bestnya. Suka part petik buah-buahan ni dengan kebun bunga. Syiok cuci mata. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best..kebun dekat2..cuci mata tgk bunga2..ada mawar, hydrangea..

      Delete
  5. Replies
    1. mula2 tu mcm pelik..lepas tu baru teringat..ubi getuk rupanya..rugi x beli..huhu..

      Delete
  6. cantik la tempat ni. menarik gila boleh petik epal. macam kat australia plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tmpt sejuk tanam epal hidup subur..ada mcm2 lg buah2an..limau, strawberry..

      Delete
  7. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..salam ukhwah..terima kasih drop by & follow my blog..

      Delete
  8. Uishhh bestnya boleh petik epal! Ok cheq nak kena masukkan tempat ni dalam travel wishlist cheq 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sbb epalnya sedap...banyak tempat menarik di Surabaya..

      Delete
  9. SEDAPNYA MAKAN EPAL SEGAR YG DIPETIK DARI POKOK...EPAL PUN BOLEH BUAT KEREPEK YA

    ReplyDelete
    Replies
    1. epal species ni sedap, manis & crunchy..segar dari ladang...semua buah2an dibuat kerepek..yg sedap krepek epal, nangka, salak..

      Delete
  10. Wah.. bestnya memetik epsl.. ada kerepek buah lagi.. Adoi.. seronoknya..
    Cantik pula ubi getuk warna warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi tak beli ubi getuk..view di sini sgt best, ada macam2 kebun, suasana nyaman..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!