Saturday 30 November 2019

Hat Yai : Finale - Khlonghae Halal Steamboat & Terbang Pulang

Trip ke Hat Yai, dah sampai ke penghujungnya.

Daripada pasar borong, terus ke Khlonghae, kali ni nak ke Khlonghae Halal Seafood Buffet. Steamboat halal yang femes di Hat Yai.

Melalui jalan besar ke pasar terapung, nampak banyak gerai-gerai di sepanjang jalan besar. Hari ni rupanya ada perayaan Loy Krathong, perayaan memuja dewa sungai.
 
Krathong is a Thai term which refers to a piece of banana trunk decorated with flowers, banana leaves, candle and incense sticks. The word Loy means to float in the Thai language. When put together,  those two terms simply mean floating banana trunk festival.

Gerai-gerai tu semua jual krathong. Maklumlah kawasan ni ada sungai kan.
 
gerai menjual krathong

Dah sampai di destinasi

the venue

photoshoot di sini dulu sebelum hari gelap 


Hari ni hari Isnin, masih tak ramai pengunjung, banyak meja kosong. Kalau pergi hari minggu, memang kena booking awal. Harga buffet untuk orang dewasa ialah THB 289 (RM40) manakala kanak-kanak dan warga emas THB 179 (RM25). Mahal ke murah? berbaloi dengan makanan yang disediakan..

bekas untuk merebus dan membakar

 kita bakor

Biasalah kan, steamboat. Ada pelbagai jenis seafood - udang, ketam, ikan, sotong, lala, semua ada. Untuk ikan, ada pekerja yang akan tolong bakarkan.

Ada lauk-pauk untuk nasi campur. Ada laksa siam, mee goreng, sate ayam dan juga pelbagai pencuci mulut. Free flow of minuman. Pertama kali makan laksa siam kuah lemak.


dua jenis udang, lala dan ikan


perap-perapan
bebola, nugget

Pencuci mulut

agar-agar dan buah-buahan jeruk & segar

pencuci mulut
 
Dah kekenyangan, dah tak larat nak masuk.jomlah balik. Dari siang hingga ke malam, masa untuk berehat sebentar. Masuk dalam van, wahh..ceria semua dengan lampu warna-warni.

kanak-kanak suka bebeno 

Sampai di hotel, tanya Zul dimana sungai yang terdekat, teringin nak tengok pesta Loy Krathong. Zul cakap tak yah gi lah, bahaya. 

Berehat saja di hotel sambil packing beg. Pukul 8.00 malam, keluar untuk masad, masad. Datang negara Thailand, mestilah mencuba urutan Thai. 
  
urut di outlet ni, otw ke Lee Gardens Plaza, THB 200 untuk sejam
ok jugalah, decent one, takyah salin-salin baju pakai baju lain..

kendian ke 7-eleven, mencari kopi arabus ni

Tamatlah aktiviti di hari ke-3
-------------------------------------

Keesokan harinya, kami bersarapan di restoran ni, depan stesen keretapi HatYai. Dalam peta, dia tulis Dapor Muslim. Good review.


ada dua restoran halal, pergi yang sebelah kiri

dah ada lauk-pauk nasi campur

Yang dewasa, semua makan nasi campur. Sarapan merangkap lunch sekali. Ok rasanya, sedap macam di Malaysia.

ambik hati lembu goreng je

Stesen keretapi HatYai
train yang comel

Pukul 9.00 pagi, turun ke lobi untuk check-out


Pagi tu juga cari grab van untuk ke airport. Semuanya busy, yang ada cuma kereta je. Diskus2, ahli jemaah setuju naik tuk-tuk je.

tuk-tuk dah sedia depan hotel, naik tuk-tuk ni je

Hat Yai airport
budak kecik nampak pentas seronok melompat
 
menunggu untuk berlepas pulang

Sekian, travelogue jalan-jalan ke Hat Yai, Thailand. Khap khun khaa..
Thank you for reading

22 comments:

  1. Nasi beras siam sedap,kan...wangi dan lembut ja..

    ReplyDelete
  2. Ingat balik naik ETS jugak. Oklah tu fly lagi cepat sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esoknya dah kena kerja, cuti 2 hari je Isnin & Selasa..so kenalah naik flight..

      Delete
  3. beras siam yg femes tu pomelo kan. x pernah beli lagi. next trip nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah beli, tak tahu brand mana yg femes...bestnya, boleh naik motor gi Thailand..

      Delete
  4. Berkobar2 rasa nak pergi sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuti sekolah, boleh pi sefamili..cuti2 Thailand..

      Delete
  5. RM40 murah arr..leh mkn puas puas..wah tamat jugak JM..berjaya habis baca kisah kak Nohas ke Hatyai..best tau buat trip mcm ni..at least sekali setahun mesti kuar jln2 kan..reward utk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi gak RM40 dgn makanan yg ada..betul, reward utk diri sendiri, jalan-jalan tengok negara, budaya orang..

      Delete
  6. Bestnya dpt jalan2 kr hatyai.
    Nasi berlauk sama mcm kita kan.

    ReplyDelete
  7. Bestnya makan seafood sambil bakaq2 atas dawai grilling macam tu, alahai teringin jugak..🤤😆

    ReplyDelete
  8. mudah2an terjadilah impian nak ke sana ni.. insyallah

    ReplyDelete
  9. Balik Malaysia, gemuk! hehehehh... Berapa hari pakej yang nohas ambik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu makanan thai..hihi..tak ambik pakej, gi sendiri..van tu sewa satu hari je..

      Delete
  10. Mahal juga per person harga tu. tapi hidangan banyak kira berbaloi jugalah kan makan kat situ. Rasa macam comel pulak entrance station keretapi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan ckp kt Malaysia pun ada yg lebih murah..kat area Kedah rasanya, yg bwh RM30, makanan pun byk jg...comel model keretapi lama tu..

      Delete
  11. Meriahnya steamboat dia banyak boleh pilih macam-macam.
    Patutlah orang cakap Hat Yai best makan-makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak betul pilihan..tak terlarat nak makan semua..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!