Saturday, 21 March 2020

Police Entry One Two Jaga...

Salam semua, semoga sihat walafiat..

Dua tiga hari yang lepas, polis entry. Dengar khabar askar pun akan keluar juga..ok, jom istiqamah duduk di rumah..sambil-sambil tu layan drama..

Drama review untuk bulan Februari/Mac. 

Selepas habis citer Romantic Doctor Teacher Kim 2, saya cuma tengok dua drama genre penyiasatan, citer polis-polis. Drama Korea dan Jepun, pick at random di website Viu..tapi sungguh tidak mengecewakan..best giler dua drama ni (bagi sayalah)..

1. Drama Korea - Tell Me What You Saw


Cerita penyiasatan mengenai berapa siri pembunuhan yang menggunakan taktik yang sama - tinggalkan peppermint candy dalam mulut mayat. Cerita bermula dengan satu pembunuhan di kampung heroin. Heroin pula seorang polis desa tapi mempunyai kelebihan dapat mengingati dengan tepat apa yang dilihatnya (tajuk drama ni). 
 
Disebabkan kes ni, dia dapat join polis elit, team RIU - Regional Investigation Unit. Di sini dia bekerjasama dengan seorang criminal profiler yang hebat tapi terpaksa bersembunyi selepas tunang dia mati dalam letupan kemalangan jalanraya 5 tahun yang lepas. 
 
Team RIU memburu penjenayah yang digelar 'the Guy' yang terlibat dalam kes kematian tunang profiler. Biasalah ada polis jahat, ada yang buat strategi sendiri. Semua pelakon utama drama ni ada kaitan dengan 'the Guy' ni. Masing-masing nak cari 'the Guy' untuk selesaikan kisah lampau mereka.

Best citer ni. Suasana kampung di Korea Selatan. Tapi cara pembunuhan tu macam gross sikit, horror giler...kepala dipotong dengan pemotong ais, dalam airbatu ada kepala orang. Kepala ditarik naik dengan tali pancing yang halus, tiba-tiba darah merecik atas lantai... 

Pelakon utama - Jang Hyuk, Sooyoung dan Jin Seo Yeon. Tayangan hari Sabtu dan Ahad, minggu ni habis.

2. Drama Jepun - Zettai Reido 4 (Absolute Zero 4)


Best drama ni. First time tengok drama polis Jepun. Suasana kotaraya metropolitan Tokyo.

Drama ni ada season 1 & 2, yang tu orang lain yang berlakon. Season 3 & 4 orang yang sama, cuma 2, 3 pelakon baru. Kalau nak lebih faham, kena tengok season 3 dulu. Dekat Viu takde season 3, saya tengok di falldrama.

Kalau cerita polis biasa, selepas ada crime scene, baru depa menyiasat tapi citer ni sebelum crime terjadi, depa dah siasat dan try to stop the crime. Mereka guna sistem Artificial Intelligence (AI) untuk kenalpasti potential criminal (person of interest)..selalunya sapa2 yang beli pistol illegally, beli chemical buat bom, akan dikategori sebagai potential criminal.

Penyiasat yang terlibat semuanya dari Document Department, tempat dumping polis-polis yang bermasalah. Disebabkan unit ni belum sah di sisi undanga-undang, mereka terpaksa menyiasat dengan cara menyamar, monitor cctv/camera, hacking macam-macam benda - computer, bank akaun, wire-tapping telefon, semua secara illegal.

Semua penyiasat ni ada kisah silam yang sedih - ketuanya Norito Izawa, isteri dan anak kena bunuh..dia pun pernah jadi potential criminal. Suka tengok Ikki Sawamura yang berlakon jadi Norito Izawa ni, ada lesung pipit di dua-dua belah pipi..
 


Opening episod 1 season 4 ni, tunjuk suasana pasar Tsukiji di Tokyo, yang ada acara lelong ikan tuna. Pasar yang saya pergi dulu tapi tak dapat tengok acara lelong tuna tu. Markaz mereka di pasar ni, canggih giler sistem komputer. Memang best drama ni, banyak plot twist, ada serius, ada kelakar...
 
Season 4 ni baru habis, ada 11 episod. Season 3 ada 10 episod.


Memang recommended dua-dua drama ni, buat saya terfikir terer betul penulis skrip, kena berfikir seperti criminal untuk tulis skrip genre macam ni..

Arigato gonzaimas for reading.. 

22 comments:

  1. Saya pula layan tengok filem di TV sahaja. Banyak tengok di Hits.
    Menarik jalan cerita 2 drama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astro buka byk channel movies smpena PKP ni..blm tgk lg..

      Delete
  2. Horrornya cara bunuh Tell Me What You Saw tu macam tak sanggup nak tengok huhuhu...

    Ialah kadang-kadang Mrs. A pun terfikir kreatifnya scriptwriter tu macam mana dapat idea tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..horror sungguh..kreatif betul penulis skrip..

      Delete
  3. hahaha.... supply la movie skali kak. u can telegram me. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk tk download drama ni..byk sgt..huhu..sorry..

      Delete
  4. TQ share. musim berkurung ni baru boleh layan drama.

    ReplyDelete
  5. memang sesuail musim berkurung kat rumah
    nak martton cerita2 mcm ni
    thank for share sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome..boring2, boleh layan drama, movie..

      Delete
  6. Maraton jangan tak maraton....maraton drama dan movies 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..mngubat rasa boring ddk rumah..

      Delete
  7. saya belum mula lg Dr Kim 2 hehe sbb still tringat Dr Kim 1 tapi da ada da cuma belum mula tengok. tengah tengok drama lama Catch The Ghost sbb tngh gila kat SeonHo hahahaha..

    drama Jepun pun lama x tengok. dedulu tengok Hanakimi mmg lama betul tu. dok perintah berkurung ni macam2 atur nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk tgk 2 drama ni + Suits versi Jepun..yg lain2 tk tengok..sekrg ni layan drama jepun, tukar suasana..hihi..

      Delete
  8. perghhh..kak!!! sempat lagi layan drama..terbaik..
    kadang2 minda kita kena ada break lps byk sgt tension dgn kerja..
    all went well...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan 2 drama ni + satu lg legal drama Jepun..stress reliever..tp stress gak tgk drama #1 tu..haha..

      Delete
  9. Drama Korea tu memang tak sangkalah penjahat dia tu.. best gila walaupun agak gore sikit pembunuhan dia.. suka Sha tengok drama tu.. yang Jepun tu ada nampak tapi banyak season pula ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tak sangka sungguh kan..cara pembunuhan tu mmg ngeri, terer penulis skrip..

      yg drama jepun ada bnyk season..tapi tgk season 3 & 4 pun ok, sbb org yg sama..

      Delete
  10. okay now i want to rewatch these 2 dramas.

    followed u here

    #241

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended!

      thank you, try to follow you back, but couldn't find where to follow in your blog..

      Delete
  11. Jarang layan drama sebab tak istiqamah. Layan filem jela kat astro ni. Melayu ke Hindustan ke hantam semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama best mmg layan sampai habis..hehe..time PKP ni, byk movies yg best2..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!