Saturday, 14 March 2020

Restoran Dimsum Yang Sedap & Halal di Kuala Lumpur

Ni hao..
 
Sekali-sekala bertukar selera ke makanan cina yang halal dan sedap. Dim Sum. Selalunya kalau nak makan dim sum, saya akan pergi ke tiga restoran ni.
 
1.Meishan Szechuan Restaurant di Summit Hotel (dulunya Quality Hotel), Jalan Raja Laut


Banyak kali juga makan di sini. Buffet-style. Banyak juga pilihan dimsum, ada juga nasi goreng, mee goreng, kuih muih, pencuci mulut


yang ni makan di tahun 2018..haha..lama dah. 

Masa ni selepas pilihanraya ke-14, perdana menteri ke -7 (mantan) bagi cuti 2 hari, tak tau nak buat apa, pergi makan dimsum. Masih ingat lagi, mereka yang datang makan, asyik la bercakap tentang pertukaran kerajaan, sekarang ni kerajaan tu pun dah runtuh..crash, boom, bang...

Dengar khabar, restoran ni dah tutup akhir April 2019.

2. Mix Max @ PNB Perdana Commercial Centre

Dua kali makan di sini, pertama sempena my birthday tahun bila ntah, tak ingat. Kali kedua gathering classmates tahun lepas. 


Yang ni jenis order asing-asing, ikut menu. Gambar diatas tu masa gathering classmates. Ada one classmate & wife nak gi US, depa ada interview di US Embassy di Jalan Tun Razak, so we organise this gathering.

Banyak juga we all order - sotong goreng tepung, nasi goreng cina, dimsum jenis kukus, kuih keladi, kaki ayam. Semuanya peminat kaki ayam rupanya. 

Kawan cakap dim sum kaki ayam di Thailand, takde tulang-tulang semua. Baru-baru ni dapat info yang orang Thai keluarkan tulang kaki ayam tu guna mulut..erkk..gelinya..sib baik kat Malaysia masih ada tulang...hehe..

Total damage - tak tahu, classmate yang nak gi US tu yang belanja. Alhamdulillah..

3. Dolly Dim Sum @ Sunway Putra Mall & NU Sentral, KL Sentral

Dua kali pergi outlet di Sunway Putra Mall dan sekali di NU Sentral. 


Dolly dimsum di Sunway Putramall, kali kedua pergi, boss belanja. Balik dari meeting, boss nak makan bubur nasi, sedap katanya.

buku menu

Selain bubur nasi, order juga a few dimsum - kuih radish, kuih keladi, kaki ayam, ayam goreng  Boss tak makan kaki ayam...saya yang kena perabihkan..takpe, banyak kolagen..haha..

bubur nasi yang sedap

Masa pergi site inspection di KL Sentral, singgah lunch di NU Sentral. Jalan-jalan tengok ada Dolly DimSum, laju je melangkah masuk dan order bubur nasi dan kaki ayam.

Dolly dimsum NU Sentral

 bubur nasi lagi

kaki ayam - feveret ni - beauty eat 

4. Newly found place - Restoran Mohd Chan @ Mytown Shopping Centre

Masa pergi site inspection di Mytown Shopping Centre, nampak restoran dim sum Mohd Chan ni, tapi tak singgah sebab dah makan kat tempat lain.

boleh try dim sum di sini

Dulu ada restoran dimsum Maju Palace di Maju Junction, depan office je, boss selalu belanja makan dim sum kat situ.  Tapi sekarang ni dah takde, dah pindah kat mana pun tak tahu. Maju Junction pun dah tutup.

Yang belum try lagi, dim sum kat China Treasures di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Maybe one fine day..

hmmm..telan air liur masa taip ni...hahaha..happy weekend semua, .

16 comments:

  1. Saya chinese food ni kurang sikit. Adalah sekali dulu, kawan belanja makan di Menara Wawasan, Ulu Pudu. Tak tahu restoran ni masih wujud lagi ke tidak.

    Punyalah lamanya saya berkurung... baru tahu Maju Junction dah tutup. Seingat saya sekali je pergi... itu pun tak ingat tahun berapa. Masa tu anak bujang saya masih sekolah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dah tutup tahun 2017..dim sum mmg feveret..hihi..

      Delete
  2. Suka dim sum tapi tak pernah cuba lagi restoran-restoran yang dinyatakan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jg beli dim sum online, paling suka siew mai..

      Delete
  3. Kadang2 pergi juga kat Dolly dim sum tu..nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aelalu makan bubur nasi & kaki ayam je di sini..nyum2..

      Delete
  4. Sedapnya tengok makanan ni semua. Pertama kali saya makan dimsum masa dapat travel ke HK dulu tahun 2013. Sekarang ni tak de dah makan. Itu pun kalau ternampak kat pasar malam, barulah dapat membelinya.

    p/s: Kak nohas. Promosi pre-order tu masih ada. Setakat ni yang saya faham, kalau beli alkohol sanitizer dapat percuma alkohol sanitizer. Kalau beli natural sanitizer dapat natural sanitizer. Yang ini untuk 60ml. Dan ada juga untuk 500ml. Kalau akak dekat dengan star avenue. akak boleh beli di web dan pilih self pickup kat situ nanti.

    Selagi ada promosi ni cubalah akak beli. =)

    Di website Mary Jardin masih dibuka untuk pre-order.

    Ada yang buy 1 free 1 dengan harga RM19.90 untuk 60ml (harga tidak termasuk postage)

    Ada juga yang dalam 500ml.

    Alcohol Sanitizer 500ml - RM 45. (Tidak termasuk postage)
    Natural Sanitizer 500ml - RM 55. (Tidak termasuk postage)

    Cepat-cepat beli selagi stok masih ada.

    Boleh klik di sini untuk pembelian hand sanitizer dan produk Mary Jardin yang lain juga.

    Daftar sebagai member percuma sahaja.

    https://www.maryjardin.co/my-account/?ref=4712

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg gi HK mkn dimsum di kwsn masjid..

      Tq Faarihin, akk dah dpt beli hand sanitizer..

      Delete
  5. Kaki ayam tu nampak ohsem sangat.. Nak cuba jugalah kalau berpeluang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap..tiap kali gi mkn dimsum, mesti mkn kaki ayam..hihi..

      Delete
  6. saya pernah cuba Dolly jele.. yang lagi dua belum. memang sedap !! kadang2 tu kalo tingin sangat pegila Mohd Chan beli sikit lepaskan kempunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah try dimsum Mohd Chan..tingin jg..

      Delete
  7. Sedap makan dimsum. Lama tak makan.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!