Sunday, 31 May 2020

Menyengat, Menyusuk + Menyesal

Salam hari minggu..

Hari Jumaat lepas, singgah 7-E, ternampak potato chips perisa wasabi ni. Perisa baru, tak pernah nampak sebelum ni. Memang suka potato chips brand 7-E sebab sedap. Potato chips semuanya sedap kan..


Rasanya..perghh..menyengat betul..menyusuk ke hidung. Ingatkan mild je, tak sangka kuat juga perisanya. Tersiksa rasanya nak habiskan potato chips ni. Menyesal pulak beli..haha.. Selama ni kalau beli sushi, memang tak pernah makan sos wasabi. Cukuplah sekali..nak rasa..

22 comments:

  1. Tak penah rasa,tapi dgr citer mmg pedas menyengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan light2 je perisa wasabi nya..hehe..mmg menyengat baunya..

      Delete
  2. Wahh..pengemar potato chip rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..buat snek malam2 sambil layan drama..

      Delete
  3. wasabi bukan ka memang pedas....emm tak pernah rasa tapi tenguk orang jepun kalau termakan wasabi tu macam keluar asap dari telinga kepedasan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasabi tak pedas mcm cili, rasa dia pelik sikit, rasa mcm cuka, berangin, menyusuk ke hidung..

      Delete
  4. Tak tahan pedas wasabi ni sebab menyengat pada hidung. Pedas lain boleh tahan.
    Takde maknalah nak cuba kerepek kentang wasabi. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..akk pun cukuplah sekali..mmg wasabi ni tak memenuhi citarasa tekak..

      Delete
  5. Selama ni dok beli mr potato,pringles ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama x beli dua2 brand tu, bertukar ke brand 7-E, lebih rasa kentang..

      Delete
  6. Menarik nih! Cheq pernah makan kacang goreng perisa wasabi ja sebelum ni, layanlah juga. Nak cari la chips 7E perisa wasabi ni nanti 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..kacang goreng Thai tu ye..boleh try kerepek kentang ni pula..

      Delete
  7. kalau sebut tentang Wasabi saya boleh menyerah..

    saya memang tidak tahan pedas..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasabi ni pedas dia lain macam, berangin & menyengat...sesak nafas jadinya..

      Delete
  8. Tak jadi nak mencuba.... tak tahan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah surrender, apa2 yg perisa wasabi ni, tak nak try dah..

      Delete
  9. nak nangis rasa termakan mende nih. memang last la tu hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..lepas ni, serik dah nak makan apa2 yg perisa wasabi nih..

      Delete
  10. Tak pernah rasa wasabi kot setakat ni. tapi rasa macam nak cuba pulak..

    ReplyDelete
  11. Saya dengan wasabi nie memang musuh ketat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...saya pun dah bermusuh dgn wasabi..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!