Monday 30 October 2023

Turkiye 2023 | Belayar di Selat Bosphorus

Merhaba..

Aktiviti seterusnya di hari kedua ialah naik bot untuk Bosphorus Cruise. Selat Bosphorus memisahkan Istanbul Eropah dengan Istanbul belah Asia.

route Bosphorus cruise 
sampai ke Jambatan Fatih Mehmet Sultan
diantara 3 jambatan yang menghubung benua Eropah & Asia

Bot 2 tingkat. Kebanyakan yang duduk di tingkat atas ialah pelancong-pelancong asing, termasuklah kami bertiga. To capture the best view sambil ambil angin Selat Bosphorus..

 posing seketul sementara belum ramai

 
semakin ramai

 
 ada yang menjual air 
 
Bot dah bergerak. Berhenti ambil penumpang di jeti Uskudar, belah Istanbul Asia.

kawasan Dolmabahce

Dolmabahce Palace 

kawasan Ortakoy dan 15 Temmuz Şehitler Koprusu
(Bosphorus Bridge)
Jambatan dinamakan sempena peristiwa cubaan guling kuasa 
pada 15 Julai 2016
 
Jambatan Fatih Mehmet Sultan

Istanbul Asia

Rumeli Hisari (Fortress)

rumah-rumah banglo (yalisi) di pesisir Selat Bosphorus
di Istanbul Asia

pelancong-pelancong di tingkat atas bot
 
bila bot menghampiri jeti Eminonu, turun ke tingkat bawah 

ada kedai runcit

lagi best..tempat duduk ada meja sekali
 
Lihat-lihat di kedai runcit, beli air & snek ni, harga 50TL
 
Kagit Helva nama snek ni

sedap..sekeping wafer ada inti peanut butter
produk Turkiye 
 

Alhamdulillah, cruise berakhir pukul 12.30 tengahari. Turun di jeti Eminonu, lintas jalan untuk ke tempat seterusnya..

2 comments:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!