Merhaba....selam alaykum..
Ada satu masa dan ketika di tahun lepas, layan drama Turki yang tajuknya Kiralik Ask (Cinta untuk disewa)..sapa ada tengok citer nih? Teman jadi culture shock tengok budaya orang Turki dalam drama nih. Moden giler, budaya mat saleh yang sangat tebal, walaupun mereka tu semua orang Islam..I just cannot brain...
yang nampak Islamik sikit cuma masa mak heroin masak bubur asyura dan bubuh dalam bekas, nak bagi jiran-jiran. Satu lagi masa hero pergi ke kubur mak pak dia, kubur tu ada dua batu nisan, kat batu nisan ada tulis Al-fatiha. Dua tu je kot..yang lain-lain tu, kalah drama korea..dah macam drama omputih layaknya..
tapi ada sesuatu dalam drama ni yang buat saya terpengaruh iaitu..KUACI..haha..biar betik..dalam drama ni, heroin, abang dia dan dua orang lagi kawan baik dia..suka beno makan kuaci..tengok macam sedap je..
Sekali ternampak kuaci ni di 7-eleven, ada empat perisa. Saya bukan jenis suka makan kuaci. Tetiba teringin pulak...
perisa rempah, karamel & walnut
Beli yang ni, nak coba..
produk dari China, ada logo halal dari Shandong
Beli satu ni je. Sedap gak. Tapi makan kuaci ni, tak jadi kerja, kena concentrate makan dia je, nak buat kerja lain dah tak boleh..cukuplah sekali..