Saturday, 18 January 2020

Kursus CPR

Salam semua. Semoga sihat walafiat hari ni. 

Cerita tahun lepas, adalah satu persatuan belia remaja ni buat kursus CPR dan pertolongan cemas. Yang acik2 veteran ni pun sibuk nak join juga..hihi..sesaja menambah ilmu, kot-kot berguna di masa depan. 

Sesiapa yang kerja medical, yang masuk persatuan bulan sabit merah, Red Cross, mesti dah biasa kan buat CPR nih. Selama ni cuma tengok dalam drama je..medical drama especially..

CPR maksudnya Cardio Pulmonary Resuscitation. Bila ada perkataan cardio, maknanya sesuatu yang berkaitan dengan jantung lah kan. Bahasa pasarnya, kaedah untuk membuat jantung berdegup semula. Ini bukanlah kes cintan cintun yang buat jantung berdegup kencang...haha..ini kes life & death, antara hidup atau mati...

penceramah kaedah CPR

Apa sebab jantung boleh berhenti dan kita tidak boleh bernafas? Ada banyak sebab antaranya pengsan, lemah jantung, cardiac arrest..Dalam satu scenario, anda sedang berjogging, tiba-tiba ternampak seorang dewasa jatuh terbaring sambil pegang dada, apakah yang perlu anda dilakukan?

1. Jangan panik 

2. Lihat persekitaran - bawa mangsa ke tempat selamat / tanah rata

3. Tepuk bahu mangsa sambil panggil-panggil.."awak ok ke?"

4. Kalau dia menyahut, maknanya situasi ok..

5. Jika tidak menyahut, periksa nadi, periksa pernafasan

6. Hubungi nombor kecemasan Malaysia - 999

7. Mula buat CPR - TEKAN  bahagian tengah dada secara henjutan, selama 2 minit & sebanyak 30 kali

8. Dongakkan sedikit kepala mangsa, tutup hidung dia dan buka mulut dia dan tiup kuat-kuat ke dalam mulut mangsa sebanyak 2x  

9. Tengok perubahan - Look, Listen, Feel - tengok dada, adakah ada tanda2 bernafas, dengar di hidung ada bunyi nafas, rasa ada udara keluar masuk di bahagian hidung/mulut...periksa nadi..

10. Jika dah ok, ubah kedudukan mangsa ke 'recovery position',  iaitu badan mengiring sebelah kanan (tidur cara sunnah Rasulullah)...posisi yang baik untuk aliran darah..

11. Jika tiada perubahan, ulang semula CPR sehingga bantuan sampai


Kaedah diatas ialah untuk orang dewasa, kalau kanak-kanak, bayi, tak boleh le nak tekan dada kuat2 kan. Guna sebelah tangan untuk kanak-kanak dan dua jari untuk bayi, yang lain-lain sama..


Penceramah sedang tunjuk kaedah2 CPR 


praktikal CPR
 
Kadang-kadang ada premis bangunan yang sediakan portable AED - Automated External Defilibriator, bolehlah gunakan AED. Kena yang expert guna AED..kalau asyik dok baca manual, meninggal terus mangsa..haha...rasanya mudah je kot guna benda ni..



peralatan AED

Tapilah kan, kalau buat CPR ni kat orang tak kenal (stranger), kena berhati-hati juga, terutama part 'kiss of life' tu...buatnya dia ada HIV ke, hepatitis ke, influenza ke, atau apa-apa penyakit berjangkit..Nauzubillah..kita juga kena take precaution..tapi takkan nak tanya kt mangsa pulak kan..dia dah le tak sedar...tawakkal je lah..

OK, dah habis CPR, ceramah pertolongan cemas pulak...

 

 Ceramah ni best juga, membuka mata dan minda...setiap rumah kena ada ''First Aid Kit"..

Apa yang patut ada dalam kit box tu, antaranya antiseptic solution, analgenic cream, paracetamol, cold spray, alcohol swap, dressing swap, disposable gloves, CPR face shields - yaa, untuk lindungi muka semasa buat "kiss of life"..

 praktikal membuat anduh
dekat tengkuk bolehlah buat ikatan buku sila

 Alhamdulillah, memang bagus penganjur buat kelas macam ni, dapatlah sedikit ilmu..tapi macam dah terlupa..ilmu kena praktikkan, baru boleh ingat..hehe..

22 comments:

  1. Belajar secara terperinci CPR ni yer.
    Kena amalkan supaya tak lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. detail jg bab CPR, siap dgn praktikal..tapi itulah kan, kalau in real life, gelabah jg kot..hehe..

      Delete
  2. Dulu saya pandai buat benda ni semua. Pernah ikuti kursus ambulan juga sebab saya ahli bulan sabit merah. Tp lama-lama jadi lupa sebab dah tak aktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..bila x praktik, boleh lupa apa yg dh belajar..

      Delete
  3. Allahu bagus nya program macam ni. penting untuk tambah ilmu

    ReplyDelete
  4. Kalau pandai cpr mmg boleh selamatkn nyawa... Pernah jadi husband tgh jogging..ade brader pengsan. Ade makcik kt situ pandai cpr sementara tgu ambulan..Allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada real life kes..ya, betul, Alhamdulillah ada yg pandai cpr..

      Delete
  5. Teringat masa zaman belajar ajelah ada dengar ceramah macam ni. Tapi, tu lah bagus juga bila dapat dengar ceramah macam ni semula. Adalah juga pendedahan untuk kita bila berhadapan situasi cemas macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kursus mcm ni..lagi bagus kalau dipraktikkan..lebih confiden nk buat..

      Delete
  6. wak dulu pon ada masuk kelas cpr nih., hehe

    ps. sapekah yg pakai baju 'demi islam' tuh? just curious., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus ikuti kelas cpr..

      ps, anak peserta, mak dia bg pakai t-shirt ada tulisan tu..hehe..

      Delete
  7. satu kemahiran yang sangat berguna ketika dalam kecenasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..berguna utk masa kecemasan..dapat selamatkan nyawa, In shaa Allah..

      Delete
  8. ADA ILMU MUDAH DIGUNAKAN KALA PERLU

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, belum dapat dipraktikkan lagi..

      Delete
  9. Bagus ilmu cpr Ni tapi mama selalu x Boleh nak ingat huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu kena praktik, kalau tk mesti lupa..huhu..harap2 bila diperlukan, boleh ingat semula..

      Delete
  10. Seronok kursus ini.. sha pernah joint sekali, lama dululah..
    bak kata akak, dapat je tapi tak praktikkan.. memang dah tak ingatlah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kursus ni kan...tapi itulah kan, mcm tk dpt praktik..tapi in shaa Allah, kalau ada kecemasan, bolehlah sikit2..huhu..

      Delete
  11. sepatutnya kita semua kan kena ada ilmu ni.. so we can help bebila saja.
    plus cikgu2 kalo jadi penasihat PBSM mmg wajib tahu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, setuju..ilmu yg sangat berguna bila ada kecemasan
      cikgu PBSM mmg kena tahu benda ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!