Tuesday, 14 January 2020

Kakigori pertama di Malaysia

Suhu panas, panas...semakin panas-panas...yayy..

cuaca panas nih, pekena kakigori memang best!! 

Kakigori - ABC, shaved ice versi Jepun yang sudah masuk ke pasaran Malaysia..

Ramai blogger up entri Mykori, telan ailio teman tengok. Nak rasa juga nih. Masa ada kerja di Cyberjaya bulan lepas, dalam kepala dah plan, nak cari kedai Mykori cawangan Cyberjaya.

Sampai depan kedai pukul 11.30 pagi, tengok kerusi semuanya masih di atas meja lagi. Ingatkan tutup, mulalah nak rasa frust. Intai ke dalam kedai, nampak ada pekerja duduk di kaunter. Tengok pintu tak berkunci, tolak pintu, tanya kat pekerja tu, dia cakap buka pukul 12..terus jadi ceria...takpe, boleh tunggu..

Jalan-jalan dulu di kawasan kedai-kedai di Glomac Business Centre ni. Jumpa kedai Mamasab, beli tat nenas, nampak sedap je. Sebelum ni adik dok promote kaw-kaw produk mamasab ni...terjebak juga membeli..

 Harga RM35

tat bunga - gebu gebas

Ok, dah pukul 12.00 tengahari, yeayy...jom ke Mykori. Pelanggan pertama nih. Sampai di kaunter, rambang mata tengok menu..semuanya best-best. Nak order perisa Mango Cheesecake tapi masih frozen lagi. Order yang berry-berry..Mont Mauve..ambik yang kecik..harga RM17..

pelanggan pertama, takde pelanggan lain

Made with mix berry ice, fresh strawberries, blueberries & raspberries! 
Topped up with whipped cream and kuriaro rose powder.

ada buah strawberi, blueberi

Alhamdulillah, sedap kakigori perisa berry ni, rasa masam-masam. Ais nya pun lembut je, melt in the mouth.

Ni kali pertama makan kakigori di Malaysia, sebelum ni pernah makan di Kyoto, Jepun..tapi tak secantik macam di Mykori..matcha kakigori + kacang merah.


matcha kakigori + setempek kacang merah

Kakigori authentic Jepun ni bolehlah rasanya. Ais nya dikisar kasar-kasar. Jenuh nak perabihkan. Apa yang kitaorang buat, masukkan ais ke dalam mulut, hisap rasa matcha tu, bila dah rasa tawar, luahkan ais ke atas tanah..teruk punya perangai..hii..takde lah teman nak kunyah ais yang banyak tu, dahlah cuaca sejuk. Nak tunggu ais cair dalam mulut, memang lamalah..biarlah dia cair di atas tanah..

Berbalik kepada Mykori, memang bestlah, nak try juga yg lain-lain perisa, harga pun best..sekali-sekala bolehlah!!

28 comments:

  1. Tengok pun dah terliuq ni, cantik pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap perisa ni..yg lain2 pun nmpk sedap..

      Delete
  2. adoi banyak sangat ni 'racun' mykori menaburi di merata2. nampak gaya kena pi cari jugak lah mykori di bandar besar. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun dah terkena 'racun'..hihi..tapi mmg sedap..recommended!!

      Delete
  3. Saya suka peisa masam-masam. Hmm tapi belum cuba mykori lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap perisa berry-berry nih..melon & mango pun ada..

      Delete
  4. tempting.
    memang boleh pekena nanti ni.

    ReplyDelete
  5. Haha MyVory memang best. Kak Feni kalau nak pergi kena pergi ramai-ramai sebab boleh share. Kalau pergi dating berduaan dengan husband alamatnya makan 1 pun tak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau pergi ramai2 boleh try mcm2 perisa..share2..yg kecik tu boleh kot mkn berdua..hihi..

      Delete
  6. Sedap kan mont mauve tu..😋

    Yang asli kat Jepun tu nampak macam ais kacang yang ganas 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap giler..begitu menikmatinya...

      haha..betul, nampak ganas, takde seni langsung..main campak2 je..hihi..

      Delete
  7. Perghhhhhh panas-panas ni tenguk huh telan air liur je tenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat je kak..Putrajaya ada, Cyberjaya pun ada...

      Delete
  8. kak nohas terabis ke makan sorang-sorang banyak tu? kalau saya mmg dah brainfreeze

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis Sal..hihi..ais nya lembut, cepat je cair in the mouth..

      Delete
  9. Nak ajak my Ojet pergi cyberjaya cuba aiskerim ni... sambil2 tu boleh tgk rumah baru ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dekat dgn rumah baru, kena singgah nih...hehe..

      Delete
  10. Wow! Nampak sedap tu aiskrim dia. Nampak macam ABC pun ya juga. Hihi.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. Kalau masam-masam macam nie memang feveret Sha dengan Imani.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..rasa masam2 buah berries..boleh try..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...