Saturday 16 May 2020

Co-working Space/Serviced Office : Why So ''Lawa"?

Salam semua...

Sahabat semua dah mula bekerja di pejabat ke? atau masih work from home? kalau pejabat cantik macam hotel, setiap hari mesti teruja nak ke pejabat.

Ruang pejabat yang semakin menjadi pilihan syarikat di zaman millenium ni ialah co-working space atau serviced office. Serviced office yang ada di Lembah Klang kebanyakannya terletak di bangunan-bangunan pejabat premium Gred A di lokasi terpilih. Ada beberapa players dalam industri ni seperti Regus, Common Ground.

Konsepnya, ruang lantai pejabat dibahagikan kepada bilik-bilik pejabat berbeza keluasan dilengkapi dengan perabut pejabat untuk disewa. Di lantai yang sama juga, disediakan common area (lounge, reception, cafe, pantry, event space, meeting rooms) serta kemudahan lain (internet, phone line, printer, mesin fax) untuk kegunaan penyewa. Ada juga yang sediakan nap rooms, lactation room, kids' play room dan gynmnasium.
 
Ruang pejabat kosong yang boleh dijadikan serviced office

Maknanya, staff dari syarikat berlainan bekerja di ruang yang sama tapi bilik pejabat berasingan serta berkongsi kemudahan yang sama (co-working space). 

Bilik-bilik pejabat dan common area - cafe
  
common area - cafe

Serviced office ialah alternatif kepada traditional office yang kebanyakan ditawarkan di pasaran. Kalau traditional office, penyewa kena buat renovation dulu, siapkan perabot dan peralatan lain sebelum start kerja tapi serviced office, penyewa boleh terus masuk bekerja sebab semuanya  sudah siap disediakan. Konsep ni sudah berada di Malaysia semenjak tahun 90an lagi. 

Menawarkan ruang pejabat dengan nilai tambah yang sangat 'wow', serviced office yang ada di Lembah Klang, memang sangat menarik dan cantik, instagram-worthy.

Jom tengok serviced office yang ditawarkan oleh colony.work, sangat cantik, siap ada tema lagi. Sesuai lah dengan taglinenya: Where Work Meets Sophistication. Tak jadi kerja kalau pejabat cantik macam ni...kerja posing je lah..hihi..


Colony @ KL Sentral - Level 37, Q Sentral 

 

Tema design : Parisian Apartment

Colony @ KLCC - Vipod Residences


Colony @ Eco City, Jalan Bangsar



Colony @ Mutiara Damansara - KYM Tower


Tema design :  Wes Anderson

 Colony @ Star Boulevard KLCC, Jalan Yap Kwan Seng


semua gambar-gambar di atas daripada www.colony.work


Menarik kan pejabat macam ni, berlama-lama di pejabat, pun ok.

Sekian, santai-santai di hujung minggu.

26 comments:

  1. Pejabat rupa sangat mewah dan anggun. Selesa betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..cantik bebenor pejabatnya..kalau ada masa nak gi jalan2 ke pejabat2 ni..

      Delete
  2. Mesti serviced office ni lagi mahal kn dr co working..hihihi..tp klu mampu ambik serviced office je .perlu byr dan masuk kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. co-working space dan serviced office adalah sama...betul, semuanya dah tersedia, cuma byr & terus boleh bekerja..

      Delete
  3. Kalau pejabat selesa dan cantik macam tu, hari2 rasa tak bosan pergi kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bosan duduk dlm pejabat, boleh santai2 buat kerja di lounge yg cantik..

      Delete
  4. RUANG PEJABAT YG SELESA STAFF PUN RAJIN NK KE OFIS BEKERJA

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersemangat nk gi kerja kalau ofis cantik & selesa mcm ni..hihi..

      Delete
  5. why so lawa?? semangat giler kalau tempat kerja macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sophisticated katanya..itulah dpt ofis mcm ni..asyik up kt fb, insta, kerjanya..

      Delete
  6. Setiap hari mesti bersemangat nk g opis kalu opis lawa camni 😁

    ReplyDelete
  7. Kalau ofis lawa macam ini, siap nak bawak bantal selimut tido ofis haha 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg sediakan nap room...takut tidur sampai esok pagi..hehe..

      Delete
  8. Adoi.. kalau macam nielah pejabat memang bahagia je hari-hari nak ke pejabat.. semangat nak berkerja tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. office cantik pekerja jd bersemangat..

      Delete
  9. Adoiii cantiknya cik nohas wey, tapi akk ni tak keje pejabat, jadi ketinggalan la sangat pasal co working pejabat ni, baru tau ni ha, tapi rasanya mmg berbaloi dgn kemudahan yg disediakan, betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..berbaloi sewa office mcm ni..ada yg bagi free-flow coffee..

      Delete
  10. Keje seminggu rumah, seminggu opis. Company sy jauh beza dengan opis dalam gambar sebab ol skool. Company dah lama kan. Stail dulu2 diorg suka ada pejabat sendiri as aset.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk dah setiap hari kerja di pejabat..ada aset sendiri ok, utk long term, property appreciate in value cuma maintenance tinggi kalau bangunan lama..suka pejabat ol skool, klasik & vintage gitu..

      Delete
  11. mesti mahal sewa ni, cantik sgt!
    tapi masih jimat kot banding kos renovation dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau short term, mmg berbaloi sewa serviced office..tak perlu fikir kos reno, kos maintenance..

      Delete
  12. Keren co-working room ini, kak.
    Bersih dan rapi tanpilannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik...competition is high, so have to provide something extra..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!