Saturday 23 May 2020

Di hari terakhir Ramadan 1441H

Assalamualaikum...Salam 30 Ramadan..

Hari ni last puasa untuk Ramadan 2020. Semalam last terawih, last sahur.  

Ku lihat Ramadan sedang berkemas.

Aku tanya dia nak kemana? 

Dengan lembut dia menjawab "Aku ingin pergi jauh, sangat jauh, selama 11 bulan ke depan. Aku akan menghilang darimu, sampaikan pesan ku pada semua.

Terima kasih kerana menyambut kehadiran ku dengan gembira, menghias hari-hari ku dengan sabar dan istiqamah. Jika kamu rindu akan diriku, maka perbanyakkan doa, semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang.

Di hari terakhir Ramadan ini, doaku: 

Ya Allah, 

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia. 

Ya Allah...terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. 

Aamiin..Ya Rabbal'Alamin.. 

 solat Jumaat di masa Perintah Kawalan Pergerakan

Jangan lupa menunaikan zakat fitrah ya sahabat semua!

Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 
 
Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya. 

Waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah :

Waktu harus:  bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan
Waktu wajib : selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan
Waktu Afdhal : selepas solat Subuh akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri
Waktu makruh: selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari 
Waktu haram : selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri

sumber: MAIJ
 

14 comments:

  1. Aamin...moga Allah menerima puasa kita, mengampunkan dosa kita.

    Sebak pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.. Ya Rab..semoga bertemu lg di Ramadan akan datang..

      Delete
  2. Salam akhir ramadhan nohas..semoga ini antara ramadhan kita yang terbaik.
    Salam syawal in advance, maaf zahir batin ye.

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA NORHASDIRA N FAMILI BERGEMBIRALAH MENYAMBUTNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Kak PI, semoga berbahagia di samping anak menantu & cucu2..

      Delete
  4. Harap bertemu Ramadan akan datang. Jika tidak, harap-harap Ramadan ini yang terbaik buat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita berdoa..semoga Allah swt makbulkan..

      Delete
  5. Semoga kita dapat bertemu lagi Ramadhan tahun depan. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Aamiin.. Aamiin..
    Semoga berpeluang lagi berjumpa dengan Ramadan..

    ReplyDelete
  7. sekejap sngat rasa masa berlalu..
    tau2 da habis puasa..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!