Wednesday 20 May 2020

Kata nak Raya

Assalamualaikum...

Hari raya menjelang tiba, marilah kita buat kuih raya. Hari Isnin, balik kerja, tengok mak tengah buat biskut kelapa. Kuih tradisi, setiap tahun ada.

 in the making

 in the oven

kuih kegemaran cucu

pagi tadi nampak mak dah keluarkan butter dari freezer, biskut apakah yang nak dibuatnya hari ni..semalam, ingatkan moreh nak makan aiskrim potong perisa durian, mak beli sekotak (20 pieces), mak cakap tunggu budak-budak (cucu2) datang raya...mak mengharap anak cucu datang berkunjung di hari raya..dah plan juadah di hari raya..

walaupun hari raya dlm pkpb, semangat nak celebrate raya tetap ada, hari raya tanpa baju raya, duit raya pun tak sediakan, mak bising, setahun sekali sedekah kat budak-budak..kena juga le pi cari sampul raya..huhu..

bunyi mercun dah berdentum-dentam dua tiga malam ni..rumah jiran-jiran dah pasang lampu lip-lap..nak raya kan..

26 comments:

  1. Rajin mak akak buat kuih raya.. orang tua kan.. tetap mengharapkan kunjungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut ni mak tiap2 tahun buat..hehe..dekat2 nak raya ni, teringat kat cucu2..

      Delete
  2. biskut kelapa bentuk bulan. lagenda ni. hehe

    lampu lip lap tu suka tengok. meriahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut dulu2..tiap tahun mesti ada, kegemaran ramai..
      nampak meriah kan kalau ada lampu lip lap..

      Delete
  3. Haha rajin buat kuih raya.
    Sini pun dah dengar orang main mercun. Hari tu terkejut bunyi meletup dekat rumah. Ingat apalah. Yelah sebelum tu sepi sekali dengar bunyi mercun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak rajin..hehe..mak saya semangat nk buat kuih raya utk anak cucu..
      sekarang ni dah start bunyi mercun..seronok benor depa nak raya..hihi..

      Delete
  4. Wowwww...dah buat persediaan utk raya nampaknya, tu yg best ada mak, semangat nak raya dgn cucu2nya ye.
    Kem salam kt mak ye nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah sikit2..hehe..nenek asyik teringat kt cucu..InsyaaAllah, nanti saya sampaikan..

      Delete
  5. apapun keadaannya raya mesti disambut dgn persiapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tk boleh balik kpg, hari raya tetap disambut di mana jua..

      Delete
  6. Sedapnya. masih ada kuih tradisi yang tak dilupakan. Mak mak buat mesti sedap terasa kesedapan macam dulu-dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih kegemaran satu famili..cucu pun suka..dibuat dgn kasih sayang..

      Delete
  7. Sedapnya.... Favourite saya tu...

    ReplyDelete
  8. Orang2 tua memang eksaited raya tak kira la situasi mcmane skli pun. tetap raya meriah cuma berjaga2 je agar kita semua selamat. insyaAllah. Nenek kalau dengan cucu, amboihhhh bersiap sakan raya kan.. Sama mcam mak i

    ReplyDelete
    Replies
    1. nenek asyik teringat kat cucu je sejak PKP..itulah kena ikut SOP kalau nk dtg beraya di rumah..semoga semuanya selamat..

      Delete
  9. eh eh dah la sama biskut, acuan pun sama. hi hi hi sep sket kak

    ReplyDelete
  10. kenapa saya tak excited. hwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyambut hari kemenangan, kena bergembira..walaupun sedih bulan penuh berkat akan pergi..

      Delete
  11. Saya awal2 x excited tapi tengok mak abah beria buat kuih n plan nak masak macam2 mood raya tu pun datang. Raikan je orang tua selagi mereka ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, raikan ibubapa, apa depa nak buat ikutkan je, mereka seronok anak cucu datang..

      Delete
  12. eheeee kenapa beskot kelapa mesti bentuk bulan sabit eh ?
    makcik saya kalo buat pun mesti kalot cari acuan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kebetulan..bentuk ni cantik sikit kan drpd bentuk bulat..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!