Monday 27 July 2020

Islamic Traditions in Old Bazaars, Turkey

Merhaba!

Jom jalan-jalan ke Turki, melawat bazar-bazar lama, yang wujud sejak zaman Khalifah Othmaniah, dalam rancangan Islamic Traditions in Old Bazaars di saluran 109, Astro Naura.

Rancangan ni disiarkan pukul 9.00 malam hari Jumaat, kemudian ulangannya pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang dan 7.30 malam.



Bazar bertutup (covered bazaar) dalam bahasa Turki dipanggil Bedesten. Rancangan ni menyiarkan bagaimana bazar-bazar tradisional ini menghadapi cabaran di zaman moden. Antara bedesten yang disiarkan ialah di Bursa, Adana, Safranbolu, Gaziantep, Odunpazari, Edirne, Ankara, Beypazari. 

Di youtube, cuma ada satu saja yang ada sarikata English, iaitu bedesten di Beypazari.

The program “Islamic Traditions In Old Bazaars” brings to the screen the representatives of the professions rooted in centuries of history with the tradition of master – apprentice relationship and their working environments. The program visits the business inns and the bazaars where people open up their shops with prayers in the morning, work together in camaraderie and see their customers as their benefactors. Positioned as the production centers of Anatolia during the Seljuk rule and the Ottoman rule, the program sheds light on how these places continue their existence and preserve their value even in today’s society of industry and technology.

Kebanyakan lokasi bazar ni berdekatan dengan masjid. Ada beberapa masjid yang dibina pada zaman Othmaniah mempunyai kompleks yang luas dan menempatkan bangunan lain seperti hamam (tempat mandi awam), madrasa (tempat belajar Al-Quran), bedesten, imaret (dapur awam untuk beri makan kepada golongan miskin) dan ada juga caravanserai, hospital.


Bedesten di Tarsus. Masjid yang beratap jingga
bedesten yang ada 5 kubah di depannya

Selepas solat Subuh, peniaga akan bersarapan bersama dan kemudian, membuka kedai mereka. Kebanyakan peniaga telah lama berniaga di bedesten.
 
Kirkkasik Bedesteni di Tarsus, Turki


Ada kedai yang sudah wujud lama, hingga 3 generasi dan masih mengekalkan kaedah tradisional, secara manual. Ada tukang kayu, tukang kasut, tukang besi, tukang perak.

tukang barangan perak (coppersmith)

tukang jahit quilt (cadar)

 tenunan kain

pembuatan pisau

Bila diinterview, peniaga-peniaga ni redho jika kemahiran tangan ini akan pupus sebab generasi muda tidak berminat untuk meneruskan legasi mereka.

Selain kedai, bedestani juga tempat untuk mendapatkan kuih-muih dan makanan tradisional.

kuih tradisional Turki di Kirkkasik Bedestani

Menarik sekali rancangan ini. Setiap rancangan dibuka dengan bacaan doa. Hari Jumaat yang lepas, dah episod 12 dan 13.

Teringinnya nak travel di Turki...semoga ada rezeki ke sana.

28 comments:

  1. seronok tgk dokumentari pasal negara orang. walaupun tak melawat ke sana, tapi dapat tahu serba sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..rancangan ni memang menarik..travel secara maya..

      Delete
  2. Suka betul tengok bazaar lama yang masih mengekalkan cara berniaga secara tradisional tradisi islam. terima kasih share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...rancangan yg menarik ditonton...suka tengok pertukangan tangan yg masih bertahan sampai sekarang walaupun terpaksa bersaing dgn teknologi moden..

      Delete
    2. betul tu..walaupun ada teknologi moden, masih ramai yang memilih cara tradisional. Terutamanya orang orang lama.

      Delete
    3. tapi sayangnya pembuatan secara manual mungkin akan pupus sebab generasi muda tidak berminat utk pelajarinya..

      Delete
  3. Pernah pergi Grand Bazaar. Turki memang banyak masjid dan bangunan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bazar yg popular di Istanbul..teringinnya nak pergi Turki..suka tengok bangunan bersejarah..

      ada juga rancangan Ulu Camii (Grand Mosque) di saluran yg sama..

      Delete
  4. Replies
    1. semoga kita semua dapat travel di sana..aamiin..

      Delete
  5. Suka tengok rancangan TV macam ni..dapat juga tahu kisah kehidupan di negara orang. Teringin juga nak ke Turki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancangan TV yg menarik, ya, kisah kelangsungan hidup..Turki negara tua yg kaya sejarah...jom sama2 berdoa semoga dapat pergi ke sana..

      Delete
  6. SEKARANG KE TURKI R KEMANASAJA NAIK INTERNET JE NOHAS..INSYAA ALLAH AKAN JEJAK KAKI KESANA SUATU MASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..semoga dimakbul Allah..takpe, kumpul duit dulu..hehe..

      Delete
  7. GV pernah rasa manisan atau coklat Turki. Mmg rasa lain dan manis gila. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baklava dan Turkish delight manisan yg popular..dua2 manis belaka..

      Delete
  8. menarik sgt cara lama org turki berniaga..lebih kemas dan teratur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ada tempat strategik utk pertukangan tangan sambil menjual produk..dekat bandar & masjid...tempat tumpuan orang ramai..

      Delete
  9. Bilalah nak ada rezeki boleh ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita berdoa..semoga ada rezeki ke sana..sooner or later..

      Delete
  10. Travel secara maya sajalah kita buat masa ni..lambat lagi corona nak lenyap rasanya ni huuu..🥺😷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu 2 3 tahun lg nmpk nya..travel dlm negeri..

      Delete
  11. Seronok bila travel tengok negara orang, walaupun cuma dari tv. Teringin nak pergi melancong, tapi apakan daya dengan keadaan sekarang ni, secara maya sajalah nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tgk program ni..virtual travel...simpan duit dulu, bila dah on, boleh gi...hihi..

      Delete
  12. Replies
    1. betul...tak puas tgk kat TV, cari kt YouTube..hehe..

      Delete
  13. Salah satu negara yg teringin nk jejak selain mekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara yg penuh sejarah..teringin jg yg gi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!