Thursday 10 September 2020

Dressing D-I-Y

Assalamualaikum semua...

Masih lagi cuti sakit, recuperating di rumah. Tahun ni nampaknya banyak sungguh rehat, cuti PKP sebulan lebih. tambah dengan cuti sakit, sebulan lebih juga. Alhamdulillah, perancangan Allah swt..

Masa mula-mula keluar hospital, setiap hari ulang-alik hospital untuk cuci luka (dressing). Doktor cakap boleh buat sendiri di rumah, barang-barang untuk dressing dah dibekalkan bawa balik. Sebelum discharge tu, nurse ada tunjuk ajar macamana nak buat dressing sendiri, step by step. 

Barang-barang untuk 'dressing'

cecair pencuci, Bactigras (kain net), ubat gel, syringe (picagari), pelekat 
 
Disposable dressing set, sterilised gauze dan pelekat

Tapi teman penakut, nak tengok tempat luka tu pun seriau. Selama 9 hari sanggup ambik grab ulang-alik ke hospital untuk dressing. Memang tak berani nak buat sendiri.
 
Tapi pada hari Isnin 31 Ogos haritu, dengan semangat waja, beranikan diri untuk buat dressing sendiri. Sebab tengok nurse di hospital tu macam senang je dia buat, tak berapa complicated sangat.
 
 persiapan untuk buat dressing di rumah
 
Sebab luka pun dah semakin ok, tak perlu nak flush guna picagari. Doktor cakap cuma ambik gauze dan tempek sikit-sikit atas luka, bubuh gel, bubuh bactigras dan tutup dengan gauze and seal. OK done. Alhamdulillah, mula-mula tu gabra juga, terkial-kial nak seal, terherot sana-sini pelekatnya, hentam sajalah, asalkan tak terburai gauze nya. Hari Jumaat ni, ada appointment, semoga semuanya baik-baik belaka..amiin..menunggu tisu baru tumbuh naik semula..
 
pokok sudah tumbuh..Alhamduiillah..

41 comments:

  1. Yang baca ni pun rasa seriau huhu

    ReplyDelete
  2. Mesti seram tengok luka sendiri.
    Semoga cepat sembuh dan lancar segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ckp2 sorang diri bg motivasi..hehe..

      Tq NA..amiin..

      Delete
  3. Mmg seriau kan nak buat sendiri, naik bulu tengkuk ye tak, tapi dah kering tu oklah. Alhamdulillah..
    Cuti panjang tu macam2 boleh buat, menanam,menjahit, shoping online, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luka masih berdarah lg sbb tisu baru nak develop..mmg seriau, tahan hati..huhu..

      Mcm2 perancangan tapi last2 melepek atas katil, layan movie..tak produktif..

      Delete
  4. Semoga cepat membaik kesehatanmu, kak.
    Kegiatan yang dipilih selama masa cuti penyembuhan, bagus diterapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Himawan...

      banyak rehat2 aja..hehe..

      Delete
  5. Semoga cepat sembuh Nohas.
    Operate apa Nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..tq Zana..
      Operate pnyakit carbuncle..

      Delete
  6. hati2 jaga diri moga cpt sembuh

    ReplyDelete
  7. Kena jiwa kental kalau nak cuci luka nih! hehehee...

    ReplyDelete
  8. Seriau rasanya.. Kalau sha pun lebih rela berulang ke klinik untuk cuci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu takut gak, lama2 ok lah tapi seriau tu masih ada bila tengok luka..huhu..

      Delete
  9. Aduh, kalau kita nak buatkan untuk orang pun dah cuak. Inikan nak buat sendiri. Kadang nak tak nak terpaksa jugalah kan. Mujur luka semakin elok. Semoga cepat baiknya. Aaminnn

    Alhamdulillah juga tanaman menjadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat kt orang, mmg tak berani, surrender siap2..hehe..utk diri sendiri ni, bolehlah gagahkan hati..huhu..amiin..tk Fiza..

      oo..projek kakak saya..tanam pokok..urban farming..hehe..

      Delete
  10. Susah tu buat dressing sendiri, especially time masih sakit. Saya tukar dressing utk anak pun jadi senget sana sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..terkial-kial jg mula2nya..sbb luka kt abdomen wall (badan), terpaksalah duduk posisi separuh terbaring, nak seal tu payah jg lah..

      Delete
  11. Kalau orang buatkan, boleh pejam mata sambil fikir benda lain.
    Ni buat sendiri, memang kena kuatkan semangat. Tahniah dah berjaya buat sendiri Nohas 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dressing kt hospital is a breeze, tak fikir apa2, tengok2 dah siap...
      bila buat sendiri ni mcm2 fikir..darah mengalir lah, gauze senget lah, pelekat terkelepet lah..hehe..Alhamdulillah, dah byk kali buat ok lah..

      Delete
  12. Oh! Pandainya buat sendiri. Moga luka cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..tq Amie...Alhamdulillah, bolehlah, tak complicated sgt..

      Delete
  13. seram pulak baca..dressing sndri pulak..huhu
    moga cepat sembuh nohas ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun mula2 tu seram jg, lama2 tu oklah, tapi seriau tgk luka tu tetap ada..
      Tq Shida..

      Delete
  14. i'm scared of woundssss omg get well soon.

    ReplyDelete
  15. Zhi tiap-tiap hari buat dressing untuk mak di rumah. Dah macam part time jadi 'misi' dah. Mula-mula kekok, lama-lama dah biasa sampai dah lali. Cerita dressing ni, zhi kena buat seumur hidup mak. uhuk. Kalau ada luka,jangan main tanah ye. Risau ada infection pula nanti. Nampak? Kan macam misi tu. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbakti kpd ibubapa, MasyaAllah, besar pahalanya..dressing ni mula2 rasa mcm gerun, lama2 tu oklah...terima kasih 'misi' atas nasihat, luka di badan, tak main tanah..hihi..tapi masa buat dressing tu, byk kali basuh tangan dgn hand sanitiser, takut infection..

      Delete
  16. Aduih seriau cheq baca..uhuhuu 😷
    Semoga cepat sembuh KakNO 🌼✨

    ReplyDelete
  17. Moga cepat sembuh nohas. Cuci luka kat abdomen memang payah cikit.
    Boleh minta orang lain assist nohas semasa dressing tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Shima...betul, payah sikit, segan nak minta tolong sbb tk pakai baju...haha..

      Delete
  18. Semoga cepat sembuh.
    Teringat pula zaman anak kecil dulu nak bersihkan bekas operate dia.

    ReplyDelete
  19. Semoga cepat sembuh nohas.
    Tengok pokok tumbuh pun boleh jadi terapi jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nieda..betul, rasa seronok tengok pokok tumbuh..hehe..

      Delete
  20. semoga cepat sembuh yea..kite da pernah buat dressing utk mak mase mak kne bedah sebb ade bisul, mak pula kencing manis, so pernah la ade pengalaman cuci luka semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq AD..baru pertama kali ni buat dressing..huhu..gerun jgk masa mula2 tu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!