Friday 18 September 2020

Kuala Kangsar : Resort di tepi sungai

Salam Jumaat.

Moh jalan-jalan ke Kuala Kangsar, bandar diraja negeri Perak.

Salah satu aktiviti popular di sini ialah berjalan-jalan, ambil angin, makan-makan di tepi Sungai Perak. Ada bot tambang, untuk ke seberang sana, ke Sayong.

 Sungai Perak. Jambatan Sultan Abdul Jalil di kejauhan


Persisiran Sayong Kuala Kangsar di seberang sungai

Sayong Resort ditepi sungai. Rumah Rehat KK diatas bukit, disebelah kanan

Sayong Resort nampak best, pemandangan Sungai Perak. Bilik penginapan pun nampak selesa, ada pilihan chalet, superior room dan deluxe room.

Gambar-gambar daripada booking.com


Bilik penginapan di Sayong Resort

Bila ada di Kuala Kangsar, jangan lupa mencuba kuih-muih tempatan seperti kuih dangai, putu perak dan apam daun pisang. Kuih-muih ni boleh dibeli di gerai-gerai yang ada di tepi sungai, orang kuale panggil 'lembah' dan di pasar minggu setiap pagi Ahad.

Kuih-muih tradisional Perak ni boleh juga didapati di D'Cafe, Sayong Resort.

 kuih dangai

 kuih putu perak

apam daun pisang
 
Teman pun tak pernah sampai di Sayong Resort ni. Penginapan menarik untuk mereka yang nak travel di Kuala Kangsar. Check it out.

38 comments:

  1. Tidak tahu bila hendak pergi.
    Dahulu teringin hendak labu sayung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa yeke na.. ummi org sne.. klu blik kg nt ummmi bli hantar kt na.. tp tula takot labuny susah nk pos..takot pecH.. tp boleb cube..heheh

      Delete
    2. Labu sayong cantik buat perhiasan dan jg utk diisi air..

      Nur Asyiqin dah offer nk belikan & pos..akk dah jarang balik kpg..

      Delete
    3. Terharu pula Ummi hendak poskan pada saya tapi menyusahkan Ummi pula. Terima kasih. Doakan saya berpeluang ke sana jadi dapatlah beli dan cuba segala makanan traditional di sana.

      Delete
    4. saya doakan moga NA dapat jalan2 di kuala kangsar, InshaaAllah..

      Delete
  2. Lama tak balik kuale..
    sini ada jual putu perak juga..tapi macam tak sama yg kat kuale...
    Oh...baru tau ada suami retis famous yg kahwin baru2 ni...orang kuale juga yer....hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat KL ni tak jumpa putu perak mcm kat kuale..hehe..
      a'ah..anak YB Parlimen Kuale..

      Delete
  3. Kuih dangai asalnya
    dari perak ya
    suka sgt kuih ni,
    sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal dari belah2 utara..Kedah rasanya...dari masa sekolah dulu, dah ada dijual kuih dangai ni di pekan kuale..

      Delete
  4. thn lps on the way to Penang x singgah di KK. Nampaknya lain kali kena melawat tempat2 menarik di sana la..

    ReplyDelete
  5. INSYAA ALLAH TERINGIN NK KE SINI

    ReplyDelete
  6. cantiknya kawasan, bilik pun besar, best ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak best resort ni, lokasi pun best, river view..

      Delete
  7. Waa kaampung teman.. teman org perak.. jgn lupe laksa sarang .. klu sempat singgah kedai pelakon reza hasbi namany lepak kampung..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu kpg kita ye...inshaaAllah, boleh singgah kalau balik kuale..

      Delete
  8. Indah view alam dari lokasi Sayong resort. Interior kamarnya juga bagus dan tampak nyaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. resort ditepi sungai, view yg cantik..kamarnya juga menarik..

      Delete
  9. Cantiknya bilik di Sayong Resort tu. Moga dapat sampai ke sini. In shaa Allah nak singgah juga kalau jadi trip ke Perak Disember nanti.

    ReplyDelete
  10. Kali pertama saya dengar ada bot tambang di Kuala Kangsar menarik. Saya pernah naik yang di Kuala Terengganu. Kuih muih tradisional tu teringin benor nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lejen ni bot tambang kuale...walaupun jambatan dah ada, bot tambang masih lg beroperasi...mai datang sini, jalan2, makan2..

      Delete
    2. Lama tak Jalan-jalan Perak, dulu form 4 setahun sekolah SBP SERATAS di depan Lake Garden Taiping tu, ada kawan dari Kuala Kangsar bawa balik cuti rumah dia. Itu la kali terakhir ke Kuala Kangsar.

      Delete
  11. Bot tambang..menarik jugak utk dicuba. Ambil pengalaman.

    Kuih putu perak & apam daun pisang..teringin jugak nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau driving di PLUS highway, lencong ke tol kuala kangsar..weekend gateway..

      Delete
  12. saya duk taiping pn lama dah xpergi kuala kgsar..
    rasanya last pergi tahun lepas bulan 3 kot..
    tu pn sebab anta adik ipar naik ktm dr sana..
    terus singgah masjid cantik tu..utk solat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..Masjid Ubudiah...tempat2 menarik di kuale boleh cover dlm satu hari..

      Delete
  13. dh lama x singgah kuala kangsar nih., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak byk berubah..tapi oklah, utk jalan2, makan2..

      Delete
  14. Pernah sampai sekali kat kuala kangsar. Itupun singgah rumah kawan MIL. Tak sempat nak singgah merata KK. First time tengok dan tahu kuih putu perak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. putu perak ni ada inti kelapa putih dalamnya..memang sedap..lain dari putu yg inti gula merah..

      Delete
    2. itulah tak pernah jumpa. Mungkin banyak dijual di KK je atau perak.

      Delete
    3. Saya pun tak pernah jumpa org jual putu perak kt tempat lain..a'ah..mungkin kt KK je ada..

      Delete
  15. akak baru 2 kali sampai kat kuala kangsar
    pernah pergi tak kat tasik Raban

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!