Sunday 22 May 2022

Preloved to Monki

Masa untuk organise wardrobe..mana² pakaian yang dah out-of-fashion, yang dah tak muat tu, bolehlah dilipat, masuk dalam beg dan bagi pada Monki..

Siapakah Monki? kedai pakaian wanita..

Monki ada buat iklan boleh bagi baju² lama kat depa, 'Monki Cares' tagline nya..dulu², sebelum PKP..H & M ada juga buat program macam ni..Monki ni anak syarikat H & M..

Kekadang tak tahu nak bagi pada sapa baju² 'preloved' ni kan..so inilah peluang untuk dispose baju² lama..

 Papan notis di luar kedai
 
 
outlet Monki di Sunway Putra Mall

Teman pun menggugah gerobok baju, dapatlah 2 beg...baju² zaman kurus, baju yang dah boring nak pakai, yang dah berkurun lama..
 
yang dalam beg kertas tu nak hantar ke kakak, nak bagi pada jiran² dia
yang dalam beg plastik nak bagi pada Monki 

Jom ke Monki. Dah hantar, dapatlah kupon diskaun

dapat 10% diskaun kalau beli pakaian di Monki
 
kupon ni valid dalam masa 6 bulan
not applicable time promosi yang dah ada diskaun..

So, baju-baju lama tu depa buat apa? 
 
depa proses, recycle (or upcycle), buat pakaian baru dan depa jual..
harga mahal pulak tu.. 

aci tak macam ni? hehe...dah jadi hak depa kan.

contohnya..blouse ni..

diperbuat daripada recycled polyester 
 
100% diperbuat daripada recycle material
 
omputih ni telus, depa inform awal² kat customer
terpulang pada customer nak beli ke idok pakaian daripada recycle material
 
Tapi bukanlah semua baju yang dijual dikedai ni dari recycle material
adalah 2 -3 helai
 
Pakaian kat Monki ni ok jugalah, ada yang syariah-compliant
bolehlah beli, guna diskaun kupon tu..

22 comments:

  1. Terima kasih beritahu. Kadang-kadang tidak tahu hendak hantar ke mana.
    Betul kena telus beritahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 melestarikan alam sekitar...ya, betul..kekdg nak buang dlm tmpt recycle tu rasa ralat jg..nmpk bersepah orang selongkar pakaian...ada org particular sikit bab-bab recycle material ni kan..

      Delete
  2. wah...bestnya ada kedai mcm ni... kalau sy selalu sedekah terus direct kt org je

    ReplyDelete
    Replies
    1. H&M & anak syarikat selalu buat program mcm ni...nak mencari orang nak bagi baju2 lama tu yang payah sikit..

      Delete
  3. Kat sini, takde kedai macam monki, yang boleh terima baju preloved. Tapi, ada disediakan tong oren. Rasa, kat lembah klang pun ada, kan. Tong yang kita boleh sedekah bukan saja baju, tapi bag, kasut, segala jenis pakaian yang kita tak perlu.
    Bagusnya, dapat kupon diskaun lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nampak tong recycle kat area rumah..tapi mcm takde orang pi ambik, bertumpuk-tumpuk baju di dalamnya...walaupun ada kupon diskaun tapi harga baju kt monki tu boleh menjulingkan biji mata...hehe..bolehlah mengurangkan sikit bayaran..

      Delete
  4. ok jgk la diorg buat camni.. xdela baju2 kita asyik penuh dlm lemari.. haha
    tp kat tmpt sy xde plak camni.. byk sy buang je baju2 dh xleh pakai.. syg plak rsnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah tkde tempat/orang nak bagi, terpaksa buang kan...kalau nak simpan pun, ambik space jg..

      Delete
  5. menarik juga idea bisnes ini....baju lama jadi baru dan jual semua...tak pelah kalau baju dah banyak susah juga nak lupuskan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ada teknologi nk proses semula kain2 tu semua...

      Delete
  6. Replies
    1. usaha utk melestarikan alam sekitar..

      Delete
  7. Bagus kedai macam ni. Transparent. Customer pun puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena informm, ada customer yg cerewet..

      Delete
  8. baju yg depa recycle semua cntik tau..baru lepas jalan sana semalam

    ReplyDelete
  9. Pernah nampak kedai ni, tapi tak pernah masuk tengok2. Bagus dia buat program gini, sebab kain/pakaian antara yang menyumbang kepada banyaknya sampah. Bila recycle, dapatlah menyelamatkan alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org buang baju2 kt tmpat sampah recycle..habis bertaburan atas tanah...ada program macam ni dapatlah recycle balik kain2..

      Delete
  10. tak tahu pulak kedai ni jual baju2 recycle. hahaha. nampak harga mahal xmasuk lah. baju2 zaman kurus tak tau nk bt apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua..ada 2-3 baju je yg guna recycle material...harga mahal jg..maklumlah kedai dari oversea...

      Delete
  11. menarik. hari tu lalu Monki dalam SPM tak perasan pulak. nanti bolehlah bagi. boleh beli baju baru lagi. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi yg lama, beli yg baru...ada diskaun kupon..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!