Thursday 6 February 2020

Restoran Pinn @ Empire City

Kembali lagi ke Empire City...tahun lepas cerita tentang NISS, tahun ni cerita tentang Pinn..


Empire City di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong

hampir siap

Dah habis kerja, cari port untuk lunch. Malas nak masuk NISS, ada yang kata restoran kat sana banyak dah tutup..entahlah..kita cari dekat-dekat je lah..

lobby Menara H - bangunan milik PHB

abam Bangla jadi receptionist merangkap security guard

Dah keluar dari Menara H, nampak restoran yang warna lembut ni, berbunga-bunga..Restoran Pinn nama diberi...

menu ditampal di dinding luar

Suka pula dengan warna ni, jom tengok di dalam pula

menarik juga

Jom usha menu, nak order apa..

nasi lemak biasa doblas hengget...hurm..

akhirnya order roti bakaq je
buat alas perut, nak skodeng interior je sebenaq nya

kuih nyonya

 talam jadi hiasan dinding

cantik juga hiasannya..ada style vintage sikit, nun di sudut belah kanan
ada tin biskut lama, kalender lama

entahlah..nak rekomen ke tak..hmm..

26 comments:

  1. Suka giler menu bunga-bunga tu, pastel!

    ReplyDelete
  2. Kreatif letak dulang bunga tu di dinding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik gak..dulang besar & dulang kecik..

      Delete
  3. Cantiknya dia punya hiasan dalaman.. Tapi harga makanan dia menakutkan.. hehehe..
    Kalau dating kat sini best nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan..sekali-sekala bolehlah kan..tak ramai orang, sesuai utk dating..hehe..

      Delete
  4. Dulang munge-munge tu kat kampung ado. Susah nak jumpa sekarang

    ReplyDelete
  5. Boleh tau kenapa tak nak rekomen ? hihihi

    Luar kedai nih nampak lawa tapi bila tengok menu dengan gambar macam lebih kurang dengan Papa Rich. Harga tak ingat mana yg lagi mahal ^^'

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoran 'porkfree'..tak nampak logo halal..

      selalunya nasi lemak ayam yg harga mcm tu..terkujat sekejap tgk harga makanan..haha..

      Delete
  6. Harga makanan tu standard la kn...berbanding kt warung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..dlm kepala asyik nak banding dgn gerai je..

      Delete
  7. baik makan di gerai nasi lemak tepi jalan je la.

    ReplyDelete
  8. menarik café ni.. skrg susah sikit nk terjah, byk kali tunang remind bab cari kedai halal. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg sebaiknya...mostly restoran mcm ni jenis yg 'porkfree'..

      Delete
  9. Hipster gitu harga makanannya...ihihi 😬

    ReplyDelete
  10. harga tu padanlah kot dengan lokasi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm kepala, asyik nak compare dgn gerai je..hehe..

      Delete
  11. ehehe tatau nak rekemen ke tak.. kalo da lapar sangat tak tahan maybe la kot kan kak ?
    saja2 idok kot.. rm12 tu lepas makan macam2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kalau boleh tahan, lebih baik makan kt tempat lain..yg lebih sedap & murah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!