Thursday 23 July 2020

Mangkuk Tingkat JEIWA

Beberapa minggu yang lepas, jalan-jalan di Sogo KL, ternampak promosi mangkuk tingkat JEIWA (Tiffin JEIWA).

Pertama kali tengok mangkuk tingkat yang cantik, colourful, berbunga-bunga, semuanya dilukis tangan (handpainted). Edisi terhad..

harga starts from RM200

Main features Mangkuk Tingkat JEIWA
  • food grade stainless steel container
  • ada penutup untuk setiap tingkat
  • leak/spill proof 
  • air-tight container
  • easy locking system - senang dikunci
  • pemegang stainless steel
 --------------------------------------------

JEIWA maknanya Johor Empowerment of Intellectual Women Association, badan NGO ditubuhkan pada 2015. Terdiri daripada golongan professional dan wanita bekerjaya dan fokus untuk menolong wanita yang terlibat dalam keganasan rumahtangga (domestic violence) dan menggalakkan penglibatan golongan professional di dalam kerja-kerja sukarela.

As a Social Enterprise, Jeiwa Global Resources (JGR) pledges to empower women, especially survivors of domestic violence, to start a new life through programmes that help improve their economic and social well-being. JGR supports JEIWA through sponsorships and fund-raising activities such as '''Buy for Impact" campaign for JEIWA Empowerment & Education Fund.

Program Tiffin JEIWA Agent (TEJA) diperkenalkan pada April 2020 untuk membantu golongan wanita bekerja dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ejen hanya perlu promosi mangkuk tingkat di media sosial dan mengurus order dan bayaran, untuk menerima komisen.

Maklumat lanjut, boleh baca di laman web, tiffin-jeiwa. Ada juga dijual di shopee dan carousell.

Membeli sambil beramal..

33 comments:

  1. JEIWA rupanya membantu wanita teraniaya. Kiranya kalau beli mangkuk tingkat, secara tidak langsung membantu daripada segi ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...membeli sambil menderma..mmbantu ekonomi wanita2 yg teraniaya..

      Delete
  2. Cantik cantiknya, geramnya tengok..

    ReplyDelete
  3. kalau dapat sayang ooo nk guna ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hehe..letak dlm rak pun menarik..

      Delete
  4. cantiknya lukisan JIEWA n ada harga n maknanya

    ReplyDelete
  5. sooo pretty !! okla harga gitu lukis tangan kan..
    efforts dan arts.. jadi saya x kisah..suka yang warna biru putih tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik..harga setanding dgn effort & kualiti..

      Delete
  6. cantiknya bentuk dia.. bawah besar atas kecik. warna2pun semua lawa2. suka la yang orange tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly design mcm tu..atas kecil, bwh besar..ada kot yg saiz sama..warna cantik2..

      Delete
  7. Assalammualaikum dan hi! Nisha datang berblogwalking ke sini ^^

    Waaaa cantiknya *_* Boleh tunjuk dekat mak Nisha ni hehe. Nisha berkenan yang warna purple tu <3 Terima kasih di atas perkongsian ^^

    Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaaikumussalam..tq for visiting here...

      Cantik2 design tiffin ni..warna pun menarik..

      Delete
  8. Cantiknya tiffin! Klasik.
    Bagusnya usaha NGO ni.

    ReplyDelete
  9. Harap-harap dengan harga yang begitu, makanan yang letak dalam mangkuk tingkat ni akan menjadi bertambah sedap. Kita yang berkira-kira ni, mampu berhuhu sajelah.. uhuks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...bagi mereka yg appreciate arts & nk mmbantu, bolehlah beli..

      Delete
  10. cantik sekali coraknya. mcm corak klasik zaman dulu2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, coraknya klasik, ada mcm2 tema..

      Delete
  11. Kalau akak beli sayang nk guna sbb cantik sangat..berseni dan kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sayang nak guna, sbb cantik...buat perhiasan pun ok..

      Delete
  12. Cantiknya. Harga pun cantik juga tu. Dapat satu ni memang guna buat props gambar je lah. Sayang nak guna pulak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kalau buat prop photoshoot..a'ah..sayang nk guna..hehe..

      Delete
  13. Tak pernah dgr tiffin ni.. mungkin nina tak explore sgt bab mangkuk tingkat. Bt pakai tangan mesti harga beratus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk pun baru first time jumpa mangkuk tingkat ni..sekrg promo di shopping complex..

      a'ah..harga from RM200..mmbeli sambil mnderma..

      Delete
  14. Boleh membeli tiffin Jeiwa melalui Agen sah Tiffin Jeiwa (Teja/ Tuah).. Watapps Sy 0123105650 utk pertanyaan lanjut

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!