Thursday 16 July 2020

Public REIT vs Private REIT

Salam semua..

Anda semua ada buat pelaburan tak? mesti ada kan, tak kiralah sikit ke banyak, dalam unit amanah ke saham atau hartanah, pelaburan ialah satu cara nak dapat extra income, passive income..money makes money, kata omputih..

Dari kecik lagi, kita didedahkan dengan unit amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) dengan iklan 'merahnya Mak Ngah', kemudian unit Amanah Saham Bumiputra (ASB). Sekarang ni ada pilihan, unit amanah hartanah atau Real Estate Investment Trust (REIT).

Nak beli secara fizikal bangunan pejabat, kilang, hospital, tak semua yang mampu..berjuta-juta harganya. So, kita beli je saham amanah di syarikat yang mengendali aset-aset hartanah dan sebagai pelabur, akan dapat pulangan dalam bentuk dividen.

Tahukah anda di Malaysia ni ada dua jenis REIT? ada public dan private REIT.

Public REIT

Public REIT ialah unit amanah hartanah yang berdaftar dan diperdagangkan di Bursa Malaysia. Terdapat 18 syarikat pengendali REIT yang mempunyai hartanah seperti bangunan pejabat, kompleks perniagaan, hotel, kilang, gudang, hospital dan juga outlet KFC.


 REIT yang tersenarai di Bursa Malaysia

Pilihan di tangan anda, nak beli saham syarikat REIT yang mana - 

Axis - kilang, gudang, bangunan pejabat
Al-Aqar - hospital KPJ
KLCC - semua bangunan di KLCC
Hektar - shopping complex - Subang Parade, Mahkota Parade, Segamat Central
Al-Salam - outlet KFC, bangunan pejabat, gudang.

Cara beli dan jual: 

Sama seperti belian saham Bursa Malaysia, kena ada CDS account dan trading account di syarikat securities.
 
Kelebihan public REIT:
  • sebab berdaftar dengan Bursa Malaysia, maklumat mengenai aktiviti REIT sentiasa dimaklumkan kepada umum dan pelabur boleh buat perbandingan mengenai prestasi tahunan bagi setiap REIT
  • tertakluk kepada REIT guidelines yang dikeluarkan oleh Securities Commission. 
  • liquidity - mudah untuk membeli dan menjual saham.

Private REIT

Private REIT ialah unit amanah hartanah yang tidak disenarai di Bursa Malaysia. contoh yang ada di Malaysia ialah: 
 
  • Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) milik Pelaburan Hartanah Bumiputera (PHB) dan dikendalikan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Portfolio hartanah terdiri daripada bangunan pejabat, gudang, hospital dan kompleks perniagaan. Dibuka kepada umum, cara membeli dengan buka akaun di Maybank. Boleh baca disini entry Abam Kie - Melabur di dalam Amanah Hartanah Bumiputera
  • Alpha REIT dikendali oleh Alpha REIT Managers Sdn Bhd, fokus kepada sektor pendidikan - portfolio hartanah terdiri daripada sekolah-sekolah antarabangsa dan swasta. Tak dibuka untuk umum, hanya untuk pelabur institusi.

Samada public atau private REIT, bagi pelabur Muslim, yang penting, kena check samada REIT tersebut syariah-compliant (patuh syariah) ke tidak, mencari yang halal itu adalah fardu..

Selamat melabur..

32 comments:

  1. Melabur saham ASB dan koperasi.
    Lain simpan duit sahaja.
    Public atau Private REIT belum ada lagipun baru tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. melabur ASB pilihan ramai..mudah & pulangan yg bagus..

      Delete
  2. beli emas ja utk diri haha pelaburan jugak tu kn lol
    actually sy baru apply asb financing huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, brg kemas jg pelaburan yg bagus..untung mereka yg beli time harga murah dulu2..

      ramai yg ambik loan ASB..

      Delete
  3. Info baru..
    Tq for sharing kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..kot2 berminat nk melabur unit ni..

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian..Bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Info menarik.
    Aku jadi mengenal tempat pelaburan di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, salah satu tempat utk buat pelaburan..real estate..

      Delete
  6. Melabur dalam ASB jer...Pastu ada yang simpan takafulBSN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus Bunda melabur dlm insuran...bermanfaat bila masuk hospital, at the same time, utk pelaburan..

      Delete
  7. saya juga berminat dalam bab pelaburan nie..

    cuma sekarang fokus untuk mendapat wang untuk dilaburkan ..

    kalau sedikit memang lambat dan lama-lama akan habis hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya..jika ada kemahuan, InshaaAllah, berjaya..

      unit amanah tak perlukan modal banyak..boleh invest sikit2, lama2 jadi bukit..

      Delete
  8. pernah melabur dlm AHB ni tp dah tutup sbb sikit je dividen yg dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...selalunya pulangan 6% tu reasonable utk pelaburan hartanah..

      Delete
  9. Nice sharing Nohas.
    Mrs. A adalah jugak melabur dalam Public Mutual jer...
    Teringat pulak kat satu iklan pelaburan yang agak annoying tu "tak hensem takpe janji kaya" hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk general knowledge..ramai yg invest unit amanah..selamat & less risk..

      hahaha..iklan promote seminar saham tu...betul, annoying je dgr..selalu gak keluar radio...

      Delete
  10. INFO YG BAGUS..PILIH SAHAM TIADA RISIKO UNTUK MELABURKAN WANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg paling kurang risiko ialah ASB..harga tetap..yg diperdagangkan ada risiko harga turun..

      Delete
  11. Saya belajar sesuatu yang baru di post ini, general knowledge.
    Terima kasih aunty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..bagus Redza, kecil2 lg dah ada pengetahuan ttg kewangan..

      Delete
  12. saya bercadang satu hari nanti.. skrng ni kewangan pun x stabil lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk doakan..bila ada kemahuan, Inshaa Allah, ada jalan..

      Delete
  13. tak pernah dengar ni. Baru tahu kisahnya. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..utk pengetahuan am & utk pilihan pelaburan..

      Delete
  14. Setakat ni melabur dgn ASB sbb rasa mudah dan senang nk menyimpan tanpa perlu guna buku

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!