Tuesday 14 July 2020

Selayah Keringkam

Pertama kali tahu tentang selayah keringkam ni masa ronda-ronda di Kompleks Kraf, dalam entry Kompleks Kraf Kuala Lumpur - Part 2.

Selayah maksudnya selendang/tudung kepala, keringkam ialah teknik sulaman. Maknanya selendang bersulam.

Masa naik AirAsia ke Kuala Terengganu bulan Februari lepas, ada artikel tentang selayah keringkam dalam inflight magazine Travel 3sixty. 

 wanita dalam gambar ni memakai selayah keringkam

cantik selayah keringkam berwarna terang


Selayah keringkam ni rupanya warisan seni Melayu Sarawak. Patutlah jarang kedengaran di semenanjung. Dua orang adiguru kraf selayah keringkam ialah Hajah Salbiah Muhi dan Hajah Zainab Muhi. Mereka berdua menubuhkan Sazalia Warisan Craft yang masih menghasilkan selayah keringkam.

Harga sehelai selayah keringkam bergantung kepada jenis benang dan design keringkam. Ada yang mencecah RM200 sehelai. Bergantung kepada besar selendang dan design, kadang-kadang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk disiapkan. Selayah keringkam ni kainnya jarang. Pemakaiannya cuma diletak diatas tudung sebagai hiasan kepala.

Barangan kraf keringkam telah dipelbagaikan seperti lapik kusyen, bekas pensil, bekas tisu dan juga baju kurung.

Semoga seni warisan ini kekal untuk generasi akan datang.

34 comments:

  1. Aku juga mendukung kegiatan keterampialan tangan seperti menyulam ini ada generasi penerusnya, tidak berhenti kelangsungannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada anak2 muda yang berminat meneruskan kegiatan ini..

      Delete
  2. Selayah keringkam..bunyi yang asing. Rupanya warisan kita.
    Terima kasih berkongsi info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..warisan seni di bumi kenyalang..

      Delete
  3. woah, menarik info ni. rasa mcm selalu nampak tapi baru tahu ada namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada namanya..yang ni dari Sarawak..

      Delete
  4. Maklumat baru lagi.
    Terima kasih kongsi maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..mengenali budaya seni Melayu Sarawak..

      Delete
  5. KERINGKAM SELENDANG TRADISI SERAWAK YG CANTIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik..tapi tak ramai yg pakai di Semenanjung..

      Delete
  6. Dapat belajar sesuatu yang baru harini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. general knowlegde...warisan seni Melayu Sarawak..

      Delete
  7. keringkam adalah tradisi lama yang harus dan perlu untuk dihidupkan kemabali

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada generasi muda yg berminat meneruskan seni ini..

      Delete
  8. Tak pernah dengar dah tak tahu pun pasal ni. Tahu g KL, g jalan TAR je. Kan dah tahu benda baru hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu akk pun tk tau jg, masa gi Kompleks Kraf baru tahu..kt semenanjung jarang nampak..

      Delete
  9. Selayah pernah dengar keringkam tak pernah baru tahu rupanya sejenis tudung bersulam.
    Ada yang ambil masa 3 bulan untuk disiapkan huhuhuu.... gigih betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulaman nya nmpk detail, sbb tu kot ambik masa lama nak siapkan...kat semenanjung jarang dengar..

      Delete
  10. pertama kali dgr nama selayah keringkam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. femes di Sarawak..jarang dgr di semenanjung..

      Delete
  11. Jujur cakap, ini baru pertama kali dengar perkataan selayah keringkam tu. Menarik juga hasil seni macam ni. Patulah kita lansung tak tahu sebab asalnya dari Sarawak. Nice lah art macam ni, kalau tak diketengahkan memang ramai yang tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tahu akhir tahun lepas, selama ni tak pernah tahu..cantik selayah keringkam ni..tak pernah nmpk org pakai di Semenanjung..

      Delete
  12. Owh.. selendang bersulam rupanya.. Ingatkan apa la tadi.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik hasil seni selayah keringkam ni..

      Delete
  13. trend dulu2 mmg seni tinggi dan rajin orang nak bersulam.. tapi skrng ni rasanya ada juga trend ni kembali sbb ada juga shawl yang bersulam sikit2 orng jual..

    fashion ni kadang x lari mana. pusing2 situ juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..fesyen yg cantik sentiasa evergreen..tudung bawal banyak yg bersulam, shawl pun ada nmpk yg bersulam..

      Delete
  14. Di Sarawak kita panggil tudung keringkam d semenanjung panggil kelinkan. Kalau melayu riau di panggil tudung mento. Penggunaan benang emas yg sama cuma motif bunga berbeza...warisan melayu kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info nya. Panggilan berbeza...patut dikekalkan utk generasi muda..

      Delete
  15. Ouhh pernah dengar.. harga pun wow

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..benang emas..harga pun on the high side..berbaloi..

      Delete
  16. Hi nak tanya, ada tak tokoh sulaman kelinkan yang boleh saya temuramah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm artikel tu tulis SazaLia Warisan, boleh try tengok kat facebook..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!