Tuesday 28 March 2023

Taman Tebu Aidil

Assalamualaikum semua...salam Ramadan ke-6..

Sambung cerita Pangkor...hehe..on the way balik, singgah di tempat viral di Sungai Besar...Taman Tebu Aidil & Aidil Orked..lokasinya di Parit 3, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar..

Tempatnya di kawasan sawah padi. Di tepi parit ditanam pokok-pokok tebu hitam, berbaris-baris..cantiklah untuk OOTD...

sawah padi terbentang luas

Pergi hari Sabtu, ramai pengunjung, parking di tepi jalan..
 
tanam tebu ditepi bibir sawah 

ada buskers kat pintu masuk

Luas kawasannya..riki-riki gerai yang ada, pelbagai jenis makanan - ada sushi, otak-otak, mi kari, soto, lontong, kepak ayam madu, nasi lemak, pisang goreng..buah-buahan..
 
 gerai mi kari, laksa, soto
mur-mur RM5.00 semangkuk
 
 
Punten - masakan orang Jawa 
nasi bersantan dikepal, makan dengan sambal bilis

centralised cashier

Beli mi kari, otak-otak dan air tebu...kakak beli soto dan pisang goreng..
 
meja/kerusi dicelah-celah pokok tebu
di tepi parit
 
menjamu selera - otak-otak, mi kari, air tebu
dlm beg plastik tu bahulu gulung
 
suasana di kawasan utama
 
santai-santai di kebun tebu

 tak berlama-lama disini sebab dah nak malam, sambung perjalanan balik KL.


Overall, oklah Taman Tebu Aidil...
santai-santai di tepi sawah & pokok tebu

20 comments:

  1. lamanya tk minum air tebu....dlu2 kalau bln puasa pasti beli air tebu...sejak2 kes kencing tikus mcm tk byk sgt dh org jual air tebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya kan...cara depa simpan tebu mengundang tikus...tapi itulah, sedap je air tebu...nyaman..

      Delete
  2. waaa... kat taman tebu pun boleh buat event mcm ni ye.. menarik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea kreatif...buat cantik2, ramai je orang yang datang..

      Delete
  3. Amboi bersantai bawah pokok-pokok tebu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah puas bersantai di pantai, ke taman tebu pulak...

      Delete
  4. cantik kan tempat ni. masa pergi awal2 PKP dilonggarkan dulu, ramainya org ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pergi haritu pun ramai juga...tempat viral..

      Delete
  5. Wah.. menarik juga tempat ni. Boleh singgah lain kali.

    ReplyDelete
  6. selalu juga kesini tp xsampai lagi taman tebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ke Sg Besar, boleh singgah sini kak..

      Delete
  7. Tak berjaya lagi nak singga ke sini.. Cantik bergambar di celah-celah pokok tebu tu..

    ReplyDelete
  8. Disember tahun lepas singgah sini dalam perjalanan dari Seri Iskandar ke Kuala Selangor. Kami sampai, tempat baru dibuka. Makanan pun cuma ada soto saja. Dapatlah juga minum air tebunya. Sekejap jew singgah, lepas tu sambung perjalanan ke Restoran Lembah Bernam...makan tengah hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...waktu pagi x ramai org, best tuk posing2 kt pokok tebu....restoran lembah bernam yg best...mcm2 lauk ada...

      Delete
  9. Menarik konsepnya, santai dan nyaman camtu 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, santai-santai di tepi bendang..

      Delete
  10. pandai diorang komersialkan tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..dengan pokok tebu dan parit tepi sawah pun ok...cun..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!