Thursday, 23 November 2023

Turkiye 2023 | Zafer Plaza & belayar ke Istanbul

Merhaba..entry terakhir kisah travel di Bursa..

Keluar dari kedai iskender kebab, hari dah mula gelap..perjalanan diteruskan ke arah pasar, lalu di tepi Ulu Camii, masuk covered market, keluar ke arah stesen Timurtaspasa. berjalan ke arah struktur tiga segi berwarna biru ni.

Tertanya-tanya apakah benda ni? nampak dari dalam tram petang tadi, struktur macam Louvre di Paris..terus curios..jom pi siasat..

 

banyak cafe-cafe di luar
 
semakin hampir
 
Shopping complex moden rupanya...Zafer Plaza namanya..
 
shopping complex bawah tanah
 
pertama kali jumpa shopping complex moden di Bursa
 
 
Ronda-ronda sekejap, singgah toilet, then keluar, jom balik hotel.
 
suasana di luar, ramai yang sedang lepak
yang berkilat-kilat di hujung sana ialah cahaya 
dari rumah-rumah di atas bukit
 
Bursa Castle disimbahi cahaya lampu
 
Berjalan ke stesen Timurtaspasa, nak ambil tram di sini.
 
stesen Timurtaspasa di malam hari
 
Dah sampai hotel, meronda dulu kedai-kedai depan stesen tram
 
kedai legend jual helva

pistachio helva - sedap, tak manis sangat
 
tak beli cigkofte sebab dah ada iskender kebab
 
Singgah kedai yang jual kacang2, baklava & manisan lain
beli kestane sekeri- buah berangan yang ada air gula, makanan khas Bursa
 
banyak iklan 'kestane sekeri' di sekitar Bursa, terutama brand lejen Kaskas
 jom lah kita cuba, sedap ke idok

kestane sekeri - buah berangan dalam air gula

Sedap kome - lemak manis ala amboi-amboi...

Untuk dinner, kami beli ayam goreng crispy di kedai Arab
dah craving ayam goreng, harga 60TL, set sekali dengan french fries
sos nya ialah mayonis, sos cili takde..

beli di kedai ni pula - Al Sil
 
suasana dalam kedai
 
Tamat sudah kisah seharian di Bursa, balik hotel, masa untuk kemas beg.
 
-------------------------------------------
 
Hari Ahad, 15 Oktober 2023 
 
Hari ni kami akan kembali ke Istanbul semula.
Sebelum check-out, kita sarapan dulu 
 
dewan makan - moden style  

Breakfast spread - Turkish style
 
my breakfast
daun tu curious nak tau apa rasanya
rasa ada mint sikit

Dah check out, bergerak ke stesen metro Osmangazi, nak pi stesen terakhir metro M1, stesen Emek, enroute to Mudanya untuk ambil feribot ke Istanbul.
 
Untuk ke Istanbul, kami beli tiket feribot BUDO pukul 9.30 pagi. Tambang bot 175TL (RM33). Feribot ni naik di terminal BUDO di Mudanya, belah utara-barat dari Bursa. Ada shuttle bus dari stesen Emek ke terminal BUDO.
 
di stesen metro Osmangazi
 
Ada kesilapan yang mengugah jiwa raga, bikin panasaran, bikin ketaq lutut...huhu..Tersilap naik metro kome. Tak check maklumat yang kedua-dua metro (M1 & M2) berhenti di stesen Osmangazi. Bila train berhenti, terus lompat masuk. Annoucement memang takde. Sepatutnya look before you leap. Kan dah ternaik metro M2, sepatutnya ambik M1 ke stesen Emek.
 
Sampai di stesen terakhir M2, stesen Uludag Unversiti, train berpatah balik....huhu..cemas giler masa ni, tak cukup nafas rasanya. Bertenang-tenang, tengok route, kena turun di stesen Acemler untuk ambik metro M1. 
 
Alhamdulillah, sempat ambik M1 di stesen Acemler pukul 8.30 pagi, sampai di stesen Emek dekat-dekat nak pukul 9.00 pagi...lagi setengah jam kome...huhu..
 
stesen Emek - kelihatan shuttle bus di sana
 
Anak saudara check route ke Mudanya, internet estimate kalau naik shuttle bus, tak sempat sampai terminal sebelum pukul 9.30 pagi. Kalau terlepas bot ni, kena ambik yang pukul 2.30 petang pulak...tak sanggup teman.. 
 
So, kita naik teksi, sib baik ada nombor teksi kat dinding jalan. Walaupun bercakap macam ayam dengan itik, Alhamdulillah mereka faham..keywords - Emek, Mudanya, BUDO...
 
Tak lama kemudian teksi pun sampai, lega giler masa ni. Driver pun drive macam masuk formula one, sampai depan terminal BUDO pukul 9.17 pagi  Alhamdulilah..syukur sesangat..tambang teksi 300TL (RM57)..
 
Pekan Mudanya
 
Terminal feribot BUDO
 
Kena lalu security dan scan beg untuk masuk ke ruangan menunggu
 
ruangan menunggu
 
Tepat pukul 9.30pagi, crew dah panggil untuk masuk dalam bot
 
boat dah sampai
 
view di terminal bot BUDO
 
loading boat
 
dalam bot ke terminal Eminonu, Istanbul
 
Alhamdulillah, selamat masuk dalam perut bot dan belayar di Laut Marmara.  Smooth sailing. Perjalanan ke Istanbul mengambil masa 2 jam..
 
Goodbye Bursa...Istanbul..hello again..
 

8 comments:

  1. perjlnan yg menarik
    seronok baca cerita Nohah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan..

      Delete
  2. Pistachio helva tu sedap sangat kan. Syok baca tumpang seronok dan rindu Turkiye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sedap sgt..lemak², manis sikit je..

      Delete
  3. Menarik, shopping complex underground. Suspens baca entri kali ni, salah naik metro. Nasib baik sempat naik feri ye. Susah juga pemandu teksi tak tahu kecek english.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dipermudahkan...betul² suspens masa silap naik metro tu...hihi...sib baik syarikat teksi tu faham..

      Delete
  4. Wow..mesti segalanya mahal dalam Shopping complex tu kan..x ramai orang Turkiye pandai atau fluent in english kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mainly kedai-kedai branded dlm shopping complex....mereka byk deals dgn local shj kot..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!