Sambung jalan-jalan di Istana Topkapi..
Selepas melawat Calligraphy Collection, kita ke Fourth Courtyard, dibahagian belakang sekali, yang mengadap Selat Bosphorus. Di sini ada 4 pavilion - Terrace, Yerevan, Baghdad dan Mecidiye. Pavilion ni tempat rehat-rehat, tempat terima tetamu..
Jom pi Mecidiye Pavilion. Masa nak pi sini, ramai pula rombongan budak-budak sekolah Turki. Ada 2 -3 budak lelaki tanya kami in English..'what's your favourite football club?"..tiberrr...bila jawab MU, Liverpool..depa cakap no, no...Besiktas, Besiktas...bising depa suruh sokong Besiktas...yolahh..
Mecidiye Pavilion
Sepintas lalu sahaja dalam ni, keluar dan menuju ke bahagian taman pula.
naik ke bahagian atas, ke Marble Terrace, ada Iftar Kiosk
Masa ni dah rasa nak terkucil. Jam pukul 12.20, dah 2 jam berjalan. Tanya kat guard, toilet ada di Second Courtyard. Jomlah selesaikan hajat dulu. Lalu depan bangunan ni, tengok ramai tengah beratur...macam best jer ni..
toilet ada dihujung, belah kanan sana
Dah selesai, masuk semula, nak pergi ke Treasury Building (Fatih Pavilion) pula. Beratur panjang...sabaq jelah..
Bangunan ni ada koleksi barang² peribadi sultan² Ottoman & keluarga diraja, hadiah² dari negara luar, semuanya nampak mewah..
Antara koleksi yang ada..
Keluar dari sini, kami pun decided nak balik, tak larat dah nak tengok..hahaha..ada satu lagi bangunan yang menarik..the Imperial Kitchen..surrender dah..
Keluar ikut Gate of Felicity, nampak tugu ni..
masuk sekejap kedai souvenir, then bergerak menuju ke Exit..
Janissaries ialah tentera elit Empayar Uthmaniyah
Kemudian nampak bangunan ni, tengok ramai yang pi sini
oo..ni mungkin Aya Irini..sebab dah masuk dalam tiket, jomlah pi tengok sat..
takde apa, kosong je dalam ni
Tak berlama-lama disini, bergerak ke Imperial Gate, untuk keluar dari kawasan istana. Jam pukul 2.10 petang, maknanya 4 jam sesi melawat Topkapi.
Itupun tak habis tengok semua...puas hati...
Balik ke hotel, kita ikut Soguk Cesme Sokak, lorong diantara Hagia Sophia dan Istana Topkapi..
Ada rumah kayu yang cantik di sepanjang lorong ni
Ortakoy kumpir - kentang yang diisi pelbagai benda
Petang ni kami akan ke Ortakoy, so kita beli di sana jelah..
Sampai dah di jalan besar, masa untuk makan. Lunch time!!
Tapau kofte, nasi dan salad dari satu lagi kedai kofte di Sultanahmet, Meshur Sultanahmet Koftecisi.
memang set kofte, dapat roti, besar jg rotinya
Alhamdulillah, ada sambal, jom mamam, Bismillah
Bersambung - aktiviti petang pula
Macam mana la suasana lebih 100 tahun dulu bila empayar ottami memerintah..
ReplyDeletekena tengok drama Turki - Magnificent Century - kisah Sultan Suleiman...macam2 drama dlm istana topkapi..
Deletesedapp jga menunya ye, roti ada sambal
ReplyDeleteada sambal...sedap sambalnya..tak brp pedas..
DeleteWow! First time tengok versi gambar2 ni. Selalu tengok gambar di luar je
ReplyDeletemuzium istana ni best..boleh snap gambar dlm bangunan..
DeleteBest best. Suka lepak Royal Garden, tengok selat. Makanan memang sedap2.
ReplyDeleteview cantik..dari atas bukit tengok selat..
Deletewahh cantik betul deko dlm dia ya...bangunan luar pon nampak cantik
ReplyDeletecantik2 hiasan dalaman istana...empayar yg besar & kaya..
Deletecantik istana dlmnya pinkish color
ReplyDeletegrand kan...tempat istirehat je..
DeleteCantiknya hiasan dalamannya, mewah!
ReplyDeletegaya 19th century European art...mewahkan..
DeleteBanyak juga tempat pergi melawat, ye. Mesti penat jalan, berapa banyak steps la, agaknya. :D
ReplyDeletebanyak jg dalam satu hari, dari pagi sampai petang/malam...lebih 10K..
Deleteteringat citer Magnificent Century, Sultan Suleyman yang banyak permaisuri..
ReplyDeleteSultan2 Ottoman ni byk gundik, permaisuri nya seorang...Sultan Suleyman kahwin dengan hamba yg cantik nama Roxelana & terus jadikan dia permaisuri..
Delete