Wednesday 29 November 2023

Turkiye 2023 | Istana Topkapi - Part 1

Merhaba...Gunaydin (selamat pagi) Istanbul.

Isnin, 16 Oktober 2023...hari baru menjelma. Termasuk hari ni, ada 3 hari lagi di Istanbul..

Jom tengok sarapan apa di Hotel Sultanahmet...breakfast di roof top, tingkat 4..

Masjid Sultanahmet di kejauhan
yang dekat ialah Masjid Firuz Aga
 
Masjid Firuz Aga
 
 
suasana pagi di Sultanahmet, sedikit hujan pagi ni
 
Breakfast spread very humble 

masa ni budak yang pi beli roti belum sampai
so roti takde
 
salad kentang dengan gorengan je yang sedap
 
keju
 
my Turkish breakfast
 
Yang tak best masa breakfast, budak pompuan yang jaga tu asyik pandang je kitaorang ambik apa. Tak selesa sungguh...
 
Salad kentang tu je yang sedap, yang lain rasa bland je. Kami pun ambiklah salad tu je, dahlah tinggal sikit dalam mangkuk, terasa macam bersalah pulak sebab dia tengok macam nak telan je, dengan muka serius, ke memang muka dia macam tu...hahaha. Roti pun tak sampai lagi, mungkin sebab hujan, budak lelaki yang pi beli tak sampai-sampai lagi...makan telur rebus je..

tea & coffee
 
Dah breakfast, jomlah turun untuk mulakan aktiviti pertama hari ni - jemputan ke the Residence of the Sultans - Topkapi Sarayi @ Istana Topkapi. Walaupun dijemput tapi entrance fee kena bayar.. 
 
Untuk ke Istana Topkapi, lalu di Sultanahmet Meydani, park diantara Masjid Sultanahmet dan Masjid Hagia Sophia.
 
Masjid Sultanahmet
 
Hagia Sophia
 
simit ada inti nutella 
lemak manis ala amboi-amboi
 
kucing hitam
 
Cuaca sedikit sejuk, baru terasa macam musim luruh. Jom berjalan ke Topkapi. 
 
cantik pula bangunan ni
 
Hotel rupanya - Hagia Sofia Mansions 
 
the rococo-style Fountain of Sultan Ahmet III, built in 1728
 
Bergerak ke Imperial Gate (Bab-i Humayun) 
 
Imperial Gate
 
sejarah Topkapi Palace

Istana Topkapi dibina oleh Sultan Mehmet Al-Fateh selepas menawan Kota Konstatinople (Istanbul) pada tahun 1453 dan menjadi tempat tinggal dan pusat pemerintahan Empayar Uthmaniyah sehingga tahun 1860.

 
ramai pelancong local & foreigner
ni dah masuk First Courtyard, tempat beli tiket
  
beli tiket di mesin tiket saja, guna debit card
disini tiada pilihan, kena beli tiket combo 3, 
untuk masuk ke topkapi, aya irini & harem
harga tiket 950TL (RM180)

Tudia notis meraikan kedatangan pelancong semua 'you're invited to the residence of the sultans'

kaunter tiket, tak ramai yang beratur
 
Saat yang dinanti sudah tiber..melangkah ke istana Ottoman..
 
Bab-us Selam - Gate of Salutation - Middle Gate
landmark Istana Topkapi
 
Kalimah syahadah dan dibawahnya ialah
tugra (signature/cop mohor) Sultan Mehmet Al-Fateh
 
melepasi security & scan beg pada pukul 10.06pagi
 
Dah masuk ke Second Courtyard. Disebabkan kawasan istana ni sangat luas dan banyak bangunan, so kita pilih sajalah a few bangunan yang ni pi melawat.
 
First and foremost, jom melawat 'Harem' dulu. Tempat tinggal queen, bonda sultan, gundik-gundik sultan dan black eunuch (yang menjaga kawasan Harem)
 
entrance ke Harem 
 
information tentang Harem
 
Masuk Harem ni mata dijamu dengan pelbagai design wall tiles, kebanyakan warna biru putih - tiles dari Iznik, tempat yg femes industri pembuatan jubin di Turkiye...penuh dengan tiles sampai ke siling..
 

Pelbagai hamam/bilik mandi
 
hammam
 
laluan dayang-dayang istana

contoh black eunuch yang jaga 'harem'
 
sangat wow - Imperial Hall
 
apartment untuk gundik-gundik kesayangan sultan
(courtyard of the favourites)
 
Sultan-sultan Empayar Uthmaniyah ada yang ok, ada yang krik, krik, teruk giler perangai...sampaikan dalam website muzium Topkapi, depa tulis  "libidinous sultans, ambitious courtiers, beautiful concubines and scheming eunuchs'..
 
Dah selesai melawat Harem, beratur di bangunan sebelah, The Chamber of the Blessed Mantle..koleksi holy relics..
 
sambil-sambil tu snap gambar bangunan di Third Courtyard
 
Masjid Agalar
 
Library Sultan Ahmed III
 
ke tempat koleksi holy relics
 
kunci Kaabah dan casing
 
arca dome of the rock

pakaian anak Rasululullah, Fatimah RA
 
Banyak lagi koleksi-koleksi yang ada sebab dulu Mekah & Madinah termasuk dalam Empayar Uthmaniyah..
 
Kemudian bergerak ke bangunan sebelah..Calligraphy Collection..disini banyak koleksi tugra (cop mohor) sultan-sultan Ottoman.

information tentang tugra

tugra (signature/cop mohor)
 
ok, bersambung ke Part 2

10 comments:

  1. Luas kan Istana Topkapi ni sehari memang tak cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. luasss..kalau nak masuk semua bangunan, mmg x sempat satu hari..nak pula kena q kat Treasury Building..panjang barisannya..

      Delete
  2. banyak pengetahuan dapat ni...kawasan Harem ni erk..SA terpana tengok ukiran tu..cantik2..lepas tu teringat citer Turki yang viral tu..lupa plak tajuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2 design wall tiles..serba mewah di Harem...citer Turki yg viral, yg citer sultan2 depa ialah drama Magnificient Century...citer sultan2 Ottoman yg femes..

      Delete
  3. Kalau tak sampai Tokapi tu macam tak sampai turki kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...byk historical building di Istanbul yg termasuk tempat yang mesti dilawati..semuanya icon kota Istanbul..

      Delete
  4. sejarah islam.. adoii bab bab sejarah ni mmg FAIL gila rasa nya.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, sejarah Turki ni baca sikit2 je..hihi..

      Delete
  5. Pernah buat simit di dapur sendiri. Sedap makan waktu masih panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simit sedap mkn ketika panas2..kalau dah sejuk, liat sikit..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!