Saturday, 25 November 2023

Turkiye 2023 | Kembali ke Istanbul

Merhaba....

Masih lagi di hari Ahad, 15 Oktober 2023. Setelah 2 jam perjalanan menaiki feribot dari terminal Mudanya, Alhamdulilah, sampai di terminal Eminonu, Istanbul...perjalanan sangat smooth, laut kurang bergelora..

Eminonu, Istanbul
ada kapal cruise berlabuh dihujung sana 
 
Alhamdulillah, cuaca sangat baik di Istanbul. Matahari menyinari alam. Umat manusia punyalah ramai. Tapi malang sungguh, time kami sampai, perkhidmatan tram dihentikan selama 3 jam sebab ada event cycling rasanya. 
 
Ada polis jaga dekat stesen tram. Kami pun pi tanya, polis tu beritahu baru je tutup jalan pukul 12 tadi, pukul 3 baru buka semula...huhu..dia kata dekat je, jalan kaki ke Sultanahmet, ikut shortcut..kalau lenggang kangkung, ok jugalah..ini dengan beg troli, beg hand luggage...omma appa..
 
Untuk 2nd leg Istanbul, kami akan tinggal di kawasan Sultanahmet, ditengah-tengah bandar Istanbul. Dahlah dari Eminonu nak ke Sultanahmet, kena mendaki..adehh..hoi! hoi ya hoi. Nak tak nak, kenalah menapak ke Sultanahmet, nak tunggu pukul 3, lambert lagi. 
 
Merasalah pengalaman tarik/tolak beg luggage di tengah-tengah bandar Istanbul...sib baiklah ramai juga pelancong lain yang sama nasib dengan kami...hahaha..Alhamdulillah, berkat kegigihan dan dengan kudrat yang ada..sampailah kami di area Sultanahmet.. .Malaysia boleh!!
 
kawasan Sultanahmet, lengang kan, 
ini pada hari kedua, hari Selasa lepas
 
ini pada hari Ahad, merenyut-renyut umat manusia
 
OK, mula-mula settlekan urusan hotel anak saudara dulu. Untuk dia, saya booked bilik hotel di Star Holiday Hotel. Hotel dia ni kena buat pembayaran di premis hotel. Untuk 3 malam, total rate ialah RM764 with breakfast.

Saya dan sister tinggal di Sultanahmet Hotel, selang beberapa kedai dari Star Holiday Hotel. Booking via Agoda, total rate untuk 3 malam ialah RM1,227 (with breakfast). Kendian kena bayar pula accommodation tax, lagi 145TL. Owner tu cakap ada 3 tax untuk pelancong asing, 2 dah bayar masa booking...betul le kot..malas nak check..
 
Berbezakan rate hotel, lokasi lebih kurang sama. Patutnya cancel je Sultanahmet Hotel ni, book je Star Holiday..tapi kos dikongsi 2 orang, oklah, malas nak fikir. Star Holiday tu book direct dekat website dia. Hotel dia lagi ok, ada lift, breakfast lagi ok dari Sultanahmet. Kalau gi lagi istanbul, bolehlah book hotel ni....

Lokasi dua-dua hotel ni memang superb, beberapa langkah je dari stesen tram Sultanahmet yang busy sokmo..

stesen tram Sultanahmet
 
Jom tengok Hotel Sultanahmet
 
pintu masuk, sebelahnya money changer
 
reception area
 
tangga saja ada, sib baik dapat bilik di tingkat satu
 
Gambo bilik takde, sebab malas nak ambik, biasa je, twin sharing bed. Kecik je biliknya, tapi masih ada ruang untuk solat..Alhamdulillah. Kami dapat bilik tengah, yang takde tingkap..no worries..nampak je katil, terus landing...letih berjalan..
 
Pukul 3.00 petang, bersiap untuk keluar. Lunch dulu, makan kofte di kedai dekat hotel. Ada 2 kedai jual kofte yang femes di Sultanahmet..kita cuba kedai ni dulu..
 
Tarihi Sultanahmet Koftecisi Salim Usta
 
suasana dalam kedai

kofte (daging) makan dengan roti

Rasanya? biasa je, rasa daging berperisa. Harga, dah lupa..
 
Ok dah lunch, tram servis pun ada, jom kita ke area Beyoglu, ke Taksim dan Istiklal Caddesi. Nak pi sini, naik tram ke stesen Kabatas, then ambik furnicular F1 ke Taksim. Naik tram di Sultanahmet, rupanya tram tu cuma pergi Eminonu saja. Oo..rupanya ada 2 jenis tram di stesen Sultanahmet, yang pergi Eminonu dan yang pergi Kabatas.

Kenalah turun di Eminonu, melintas di Galata Bridge ke Karakoy station. Tunggu tram di situ pula. Sebenarnya, boleh je tunggu tram yang pergi Kabatas di stesen Eminonu yang satu lagi, tapi entah, menonong je jalan ke Galata Bridge..haha..
 
pemancing ikan di Galata Bridge, belah Selat Bosphorus
ramainya orang di tingkat bawah, di restoran seafood 
 
Dah sampai di stesen Kabatas, cari jalan masuk ke stesen furnicular pula untuk ke Taksim. Furnicular ni keretapi naik/turun bukit macam kat Bukit Bendera, Penang. Ada 2 furnicular di area Istiklal.

dalam stesen furnicular

dalam furnicular

Keluar dari stesen Taksim, bergerak ke Istiklal Caddesi.
 
Taksim Meydani
 
Dari jauh kedengaran bunyi alat muzik dan orang menyanyi dalam bahasa Turki, rupanya ada pancaragam kerajaan Osmaniyah sedang buat persembahan..
 
pancaragam berpakaian kerajaan Osmaniyah
di tepi Taksim Camii
 
Meriah sekali, ramai yang menonton, tidak lepaskan peluang, kami pun menyelit untuk rakam persembahan ini.

Enjoy video dibawah
 
 
yang faham cuma perkataan 'Osman pasha'.. 
 
Tak menunggu sampai habis, kami meneruskan perjalanan ke Istiklal Caddesi, jalan yang popular di Istanbul
 
Istiklal Street di hari minggu
 
Istiklal Street panjangnya 1.4km dari Taksim ke Galata. Disepanjang jalan, banyak bangunan-bangunan lama, lagi klasik, peninggalan zaman-berzaman.
 
Kawasan ni dulu, di zaman Empayar Uthmaniyah, dipanggil Grand Avenue of Pera
kawasan golongan bangsawan, intelektuals, foreigners

Bersambung..

6 comments:

  1. Diorang macam jaga seni arkitek dia yg lama2 kan? Macam negara2 sebelah europe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bangunan bersejarah dijaga, ada yg dibina semula...

      Delete
  2. Seronok baca, memang best trip ke Turkiye ni. Food halal senang nak cari. Ada yang mahal tapi ada je yang reasonable. Kami tak jalan2 ke Taksim, cuma pergi ambil kereta sewa. Tak berani sangat sebab 2 minggu sebelum tu ada kejadian suicide bomber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok gi negara Islam, halal food mudah dapat...ooo..betul, bila ada kes, lebih baik elak tempat2 org ramai mcm Taksim, Istiklal Street..

      Delete
  3. Diorang kekalkan architecture diorang untuk daya tarikan dan khusus untuk sektor pelancongan kan..Sa suka baca pengalaman orang..diri sendiri ntah bila nak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan bersejarah dgn senibina menarik jd tarikan pelancong...Turki negara tua yg ada sejarah yg panjang...inshaaAllah, ada rezeki, nanti sampai ke sana...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!